From Rompak, Izabel to Spaghetti Orang KL: Where Did Hazzy Go Wrong?
- Arifin Azam
- Oct 6
- 11 min read
Hah, kau mesti klik nak baca Malaysia kecam Hazzy kan? Sudah la. Bila Malaysia tulis topik-topik lain, tengok tajuk pun belum tentu sampai ke hujung, dan dan yang berbaur carutan sanggup klik. Seronok la tu kan? Tapi mmg diakui, kita ni manusia lebih terdorong nak baca or dengar benda-benda yang berbaur carutan. Dia macam sejenis fuel.
Anywho, takde la nak carut apa pun, saja je buat tajuk macam tu. Tapi memang Malaysia nak cakap pasal air tangan Hazzy, berdasarkan 3 karya tulisan dan arahannya. Teater Rompak pada tahun lepas (2024) dan dua lagi, Izabel dan Spaghetti Orang KL pada tahun ini (2025).
Sebelum tu, sedikit disclaimer: Malaysia suka melihat kepada pattern. Pattern dapat berikan gambaran yang baik tentang sesuatu kejadian atau fenomena, dan sedikit sebanyak boleh memberi gambaran akan datang. Tetapi perlu diingat juga, pattern juga kadang-kadang boleh jadi misleading. Rasanya A, B, C ada pattern sekian-sekian, so kita ingat D akan datang kemudian. Rupanya Z pulak. Atau kita ingat A, B, C ada perkaitan, rupanya tak, mereka independent events pula mungkin. So, dear readers, penulisan ini berdasarkan apa yang Malaysia sample daripada 3 produksi yang Hazzy jadi writer-director, which I saw patterns, tapi ini purely descriptive.
Sebenarnya tajuk tu mmg nak clickbait je sebenarnya. Siapa suruh kalian gullible sangat? Jadi Malaysia akan reveal tajuk sebenar yang lebih tepat dengan apa yang Malaysia nak bebelkan:
From Rompak, Izabel to Spaghetti Orang KL: What Did Hazzy Get Right?
Siapa Hazzy? Atau bahasa carutnya: Hazzy who? Lawa ke dia untuk Malaysia bebelkan pasal dia? Tiber. Nama pentasnya Hazzy Alzeeq. Kalau nak stalk, nama IGnya h4zzy_miil0, kau rasa? Sebab dulu dia pernah masuk iklan Milo la mcm tu, pastu for some reason sampai la dia tak tukar handle IG tu. Ikut dia la. Nasib baik dia bukan masuk iklan kicap ke, pampers ke. Kalau tak, apa la gamaknya nama IG dia ya sekarang. Nama betul, mengikut rekod pendaftaran pelajar Aswara, … tak perlu la tahu, sebab memang kalau dalam dunia lakon, dunia teater, nama dia pakai Hazzy Alzeeq, cukup la tu kan.
Malaysia dah lama tengok Hazzy sebagai pelakon. Malaysia percaya pertama kali tengok dia berlakon, kat cerita Mek Mulung Puteri 12 Beradik di Matic, 2018. Dia jadi Ayam. Kau rasa? Teater memanusiakan manusia kan? Nah, rasakan kau jadi ayam. Kau jugak yang nak berlakon kan. Tapi nasib juga dia tak serik la kan, kemudian dia terus berlakon dan berlakon lagi. Kemudian dia putuskan untuk ambil Asasi Seni Kreatif di Aswara, dan selepas itu sambung degree teater di sana, dah final year dah pun. Antara lakonan terkini yang Malaysia tengok dia berlakon, yang dia jadi manusia, Dreamplay, Tingginya Menyapu Awan dan Borong (this list is not exhaustive, nak list penuh, bayar fee arkib).
So kenapa Malaysia tak cakap pasal banyak-banyak penglibatan dia dalam lakonan? Kenapa nak cover on Rompak, Izabel dan Spaghetti Orang KL je? Lakonan dia suam-suam cuckoo ke? Lahh, kau memang tunggu aku nak carutkan dia kan? Malaysia dah carutkan dia depan-depan dah, so macam takde fungsi nak reiterate kat sini. Tapi kalau you all nak ulang siar, boleh open table, tapi at least hi-tea kat Majestic dan ke atas la, baru Malaysia buat ulang siar.
Rompak (2024) ialah air tangan Hazzy sebagai pengarah, yang pertama Malaysia sampel. Dia co-direct dengan partner in crime dia, Qiu Qatina. And Rompak ni pun dia yang tulis. So, ini pertama yang Malaysia nampak dia jadi writer-director. Malaysia percaya itu juga air tangan beliau sebagai writer-director. Which I must say is not an easy task. Sebab agak risky. Only a select fews je in my list yang I trust utk galas role write-director. Tak semua yang boleh direct boleh menulis, and tak semua yang boleh menulis boleh direct. But takde la benda tu sejenis mutually exclusive, possible je untuk you jadi writer-director. Buktinya? Buktinya ialah, sebab memang pernah dibuat orang, dan hasilnya tu baik.
So bila Hazzy jadi writer-(co)director untuk Rompak, Malaysia auto macam berani eh budak ni. Hah macam tu. Menjadi ke tak tu, lain cerita la kan. Sebab, at the end of the day, kita kena realise, any role yang you nak ambil, takkan selalunya jadi dalam sekali buat. Even nak jadi pengarah sahaja pun takkannya macam first time kau mengarah terus jadi tokoh. Lambert lagi. Apatah lagi nak galas role writer-director. It is a difficult, tricky and risky role, but here where Hazzy do right:
1. Dia Buat
Yes, as easy as that. Dia buat. Dia nak jadi writer-director, so dia buat la teater di mana dia jadi penulis, dan dia (co)direct. Dapatlah Rompak. Will it be successful? Will it be great? Nobody will know. Selagi tak dibuat, you won’t know.
Boleh jadi menjadi, boleh jadi gagal. But selagi you tak buat, it will remain as mere probability, mere possibility. Selagi you tak test it out, you tak execute, you won’t know. And dealing with uncertainties is scary tau. Malaysia myself hates dealing with uncertainties. So most people akan ada tendency to not do, sebab bila you buat, you kena deal dengan uncertainty of whether it will work or not? Will people like it or not?
Tapi, nasib juga si Hazzy ni, based on my observation, sejenis teging, and sejenis confident. So dia buat la Rompak. Malaysia rasa Malaysia dah cakap kat dia, Malaysia tak prefer dengan the overall vision and direction of Rompak. It definitely needs work. But dia tak block Malaysia, and kalau jumpa pun dia masih tegur2, so rasanya dia tak la bitter kot eh dengan comment Malaysia.
Tapi, (banyak eh tapi kau) kalau dia tak buat Rompak, he won’t know those feedback, apa yang perlu improvement, apa yang perlu dia ubah. Bila dia buat je, dan dapat feedback pelbagai, baru la dia boleh pakai untuk future project dia kan. And from the moment Malaysia tengok Rompak, and knowing his spirit, Malaysia memang dah janji dengan diri sendiri, upcoming projects yang dia jadi writer-director, Malaysia akan pergi. Sepatutnya kau serik kan, tapi no. Sebab Rompak was his first try. And Malaysia personally believes in progress. Kita ni manusia sejenis makhluk yang akan tambah baik dari semasa ke semasa, unless kau block Malaysia (lahh). So memang genuinely Malaysia akan pergi his upcoming works, I just want to know his progress in becoming writer-director.
And alhamdulillah, lepas Rompak, kali kedua dia jadi writer-director, semasa residensinya di KLPac, dia tulis dan arah Izabel. Malaysia pergi tengok, and ada improvement daripada Rompak. And that’s good. Bukan aku nak tengok sangat kau buat show gah, big scale, lakonan ala broadway, bajet berjuta. No. Malaysia nak tengok ada tak improvement. And an inch of movement forward is also a progress.
So lessonnya kat sini, kau kena buat. Kau nak jadi pelakon yang baik, kau kena berlakon. Nak jadi pengarah yang baik, kau kena mengarah. It will take time, tapi itu la prosesnya. Kalau nak jadi pelakon, tapi kau kerja menulis membebel macam Malaysia ni, instead of berlakon, bila la eh nak berjayanya?
Masa Izabel, dia buat cerita citra omputih. Tahu omputih? Orang putih la, alah, yang jajah kita berabad tu. Ceritanya ala-ala Joker. Tahu Joker? Alah, yang lawan Batman tu. Untuk Izabel ni, hazzy jadi writer-director, bukan co-direct. Sebab co-director dia masa Rompak, Qiu Qatina, jadi Izabel. Siti Nur Izabel binti Abdullah. And ceritanya memang citra western, waima mediumnya bahasa Melayu. So, mengambil kira his touch on Rompak, and then Izabel, Malaysia tertanya-tanya la why. And ini membawa kepada perkara kedua yang we can learn from him:
2. Dia tahu nak jawab soalan ‘kenapa’?
Why? Bila kau dapat soalan why, you better have the answer for it. Else, kenapa kau nak buat teater kan? Kenapa buat karya ni? Kenapa pilih setting macam ni? You better have the answer for it. Kalau jawapan you sekadar saja nak buat, entah, tak tahu la. Kau simpan je dalam peti.
So here’s a bit of warning la ya, kepada para penggiat teater atau seni persembahan secara umumnya: If I ask you why this, why that, tu maknanya I am testing you and you better pass. Tiber.
Anywho, masa Izabel tu, Malaysia chit chat la dengan Hazzy. Malaysia tanya, kenapa you nampak macam tend to buat cerita-cerita yang base dia bukan citra tempatan? Sebab Rompak hari tu citra dia Jepun, waima la kan, tapi Jepun. Yang Izabel ni pulak, nama-nama semua orang putih tu, taknak kalah eh. Cerita-cerita warung, ruang tamu, nama Timah, Eton, kau taknak buat eh? Sambil tanya tu sempat la sembur sikit kan.
Dan dia explain on why decision dia buat cerita yang citra tu guna nuansa luar. And here’s the thing, bila Malaysia tanya why, bukannya Malaysia nak cari right or wrong, tapi Malaysia just nak tahu lebih kenapa you buat begitu. If you manage to give a clear answer, and bukan sekadar goreng tanpa rencah, that will do. Kalau nak goreng, at least bubuh la aji no moto ke, cukup rasa ke.
Lepas tu Malaysia tanya juga la, taknak ke buat sesuatu yang based on tempatan. Sebab, in my mind, bila nak berkarya, the easiest way to do is to use what’s around you. Kalau you student sekolah, nak buat teater, buat cerita pasal budak sekolah. Student SMK Tunku Besar, Tampin tahun lepas, buat teater, mereka buat pasal kisah diorang menang sukan piala hilang. Macam tu, benda tu kau senang nak tap. So kalau nak tap dunia luar dari sekeliling, kau kena buat banyak homework. Macam kalau kau buat Shorteyes, kau orang Malaysia, nak buat cerita pasal class struggle of the Americans: whites, latins, african-american, kau kena study benda tu supaya you get it right. Not that it can’t be done, it can, it has been, cuma it won’t be as easy as using something around you, yang you are familiar with. Ni pendapat Malaysia la eh, mungkin to some tidak begitu.
So bila ditanya begitu, Hazzy ni pun cerita la, dia tertarik dengan those culture and dia rasa lebih mudah and terpanggil untuk guna nuansa luar dalam berkarya. See, if Malaysia tak tanya, Malaysia pun tak tahu yang there are people yang lebih terpanggil untuk guna foreign cultural reference and nuances, berbanding guna benda-benda sekeliling. Sebab Malaysia assume dia membesar kat Malaysia (the country), so Malaysia rasa mestilah dia banyak terdedah dengan local things kan. Nama pun assumption, mestilah tak semestinya betul kan. So Hazzy ni sejenis yang banyak terdedah dengan influence luar, tu yang bagi dia easier to work with.
Dia macam ada sorang Malaysia kenal ni, Dani. Dia ni orang Kelantan tau, tapi sebab dia banyak terlibat dan bergaul dengan team randai, dia lagi banyak buat randai daripada makyung. So, tu berbalik kepada apa pendedahan dan persekitaran you, and of course your decision. Tapi lepas tu Malaysia saje je la kan, bagi dia suggestion, or more like a challenge, buat la sesuatu yang local. Sebab kau takyah bedek la tak cukup resources la apa la, kau duduk kat KL kot. Tapi itu ikut dia la kan dia nak buat ke tak, suggestion je pun.
Yang seterusnya ialah Spaghetti Orang KL. Yang ni dia buat sebagai penyertaan Pesta Teater Kuala Lumpur 2025. Belum apa-apa cerita dah pasal Spaghetti, ni memang Malaysia dah fikir, mesti citra omputih jugak. Tapi watak-watak dia nama Melayu la, cuma westernised. Dato’ Rahim, asal Kampung Baru, tapi suka steak. Bukan nak suka nasi lemak ke apa kan? And citra cerita tu masih western. Buat la bihun goreng orang KL ke, karipap KL ke, onde-onde KL pun boleh kan. Tiber.
Untuk Spaghetti Orang KL, Qiu Qatina jadi Miss Izzah. Nohh, tuan direktor ada fav aktor dia la. Booooo, bias. Tiber. Tak lah, Qiu Qatina ni mmg berlakon bagus pun, and for me, tak jadi kesalahan untuk seseorang pengarah ada set of his/her favourite actors or members to work with, sebab kesudahannya untuk memastikan kerja lancar kan. Lepas tu, yang pairing dengan Qiu Qatina ialah Merahmalam, bukan nama sebenar, jadi Dato’ Rahim. Masalahnya, ni la pair masa Izabel dulu tu. Adakah ini prequel? Bukan ya, ni dua universe berbeza.
Daripada Spaghetti Orang KL ni, ada satu inisiatif yang Hazzy ambil, yang boleh dijadikan pelajaran (cehh, macam kelas KOMSAS):
3. Dia minta pandangan luar
Untuk pementasan Spaghetti Orang KL, which Hazzy write and direct, dia dan produksinya ambil inisiatif untuk buat preview, dua hari sebelum tarikh pementasan, dan dia jemput a notable Malaysian director, Chris Ling. Pastu disebabkan Malaysia takde life, so Malaysia pun gosok-gosok la, nak menyelit jugak. Lahhh, kau pulak memang suka menyibuk. But Hazzy was okay with it.
Dia tak perlu buat semua tu. Dia tak perlu buat preview, susah-susah nak cari ruang, kumpulkan semua orang, pentaskan untuk dapatkan comment Chris Ling. Baik dia just focus kat hari pertandingan, kasi production members dia rehat ke apa ke. But they did. And for me, that was a wise decision. And being orang yang menyelit kat preview tu, Malaysia nampak yang dia guna point2 yang diberikan Chris, and pada hari pementasan tu jadi lebih murni, clearer. Of course la ada here and there yang masih boleh dikemaskan. But at least daripada preview tu dia dapat fine-tune piece tu to be more presentable.
This is a lesson that you can take: input dari pihak luar can be helpful. Malaysia cakap can be helpful sebab kadang2 ada je input-input daripada pihak luar yang macam ok ke tak dia ni? There is. Itu terletak kepada kebijaksanaan pengarah la eh nak tapis, mana yang relevant mana yang tak relevant. Mana yang memberi nilai tambah. Mana yang masuk akal untuk dibuat, mana yang tidak.
Tapi sekurang-kurangnya bila dibuat preview begitu, you akan dapat input daripada mata baharu. And benda tu boleh beri you peluang untuk check your bias towards your own works. Sebab bias toward our own works ni wujud. Bila you buat skrip, you rasa dah ok, memang la dah ok, sebab you yang tulis. Tapi bila you pass kepada pihak lain, mungkin dia akan nampak benda yang you tak nampak sebab bias tadi tu.
Lagi-lagi dalam kes writer-director, kau yang tulis, kau yang direct. Bertambah-tambah peringkat self-bias tu, so kadang-kadang you tak nampak sebenarnya ada part yang tak kena, ada part yang tak perlu ke apa ke kan. That’s why you kena juga panggil pihak luar tu, atau ada yang panggil third eye. Third eye, sebab yang pertama tu pengkarya punya vision, kedua tu view pengarah dan ahli-ahli produksi sendiri semasa berproses. Usually people stop kat yang kedua ni la, which is already good enough, tapi mereka terlibat secara langsung dengan proses tu, so nak tak nak akan wujud juga self-bias tu. So the best, to have the third eye to tell you what’s good, what needs to be improved.
Having said this, benda ni tak wajib. Again, ini tambahan yang dapat membantu. But takde la maksudnya kalau produksi tu tak buat preview, panggil pihak luar untuk bagi input, shownya akan berantakan. Tak semestinya pun. Dengan pengalaman, and kalau you lebih cermat handle bias, you can go by without these external parties to enlighten you about your own works. But for Hazzy’s case, Malaysia rasa it is a must, for now, sebab role write-director to berat, and self-bias tu jadi lebih tinggi, and dia baru. Kalau nanti dah sepuluh kali jadi writer-director, and dia dah ada formula or dah tahu benar what need to be done, masa tu dia dah tak perlu bergantung sangat kepada external preview.
And the thing about preview, kau tak perlu nak buat penuh-penuh pun. Jangan mistaken preview dengan full-dress rehearsal. A full-dress rehearsal can be used as a preview, but usually a full-dress rehearsal is done a day before opening night. So, given such a short period of time, not much can be done pun, except for minor adjustments. Preview is done way before full-dress. Nak selamat buat la 1-2 weeks before the show, at least you have ample time. And masa preview tu you set sendiri apa yang being previewed. Boleh jadi full-run, tapi tanpa costume. Atau tanpa lighting. Mungkin audio baru berapa percent settle. Atau you nak preview the first half je. Ikut la yang dirasakan sesuai.
I’ve attended a number of preview sessions, and preview yang berkesan for me bila pengarah tu set the limits of the preview, so that the invited parties boleh tahu to what extent to comment. Contohnya, preview tu tanpa lighting, so we are aware la, takyah la nak comment pasal lighting eh, kenapa pakai lampu pendaflour je kan. And even so, kalau aspek tu takde, and you still want input on that, you can either give prompts about it, contohnya on the lighting, so one can imagine what kind of lighting is happening while watching the preview, atau you present the impression of what it is going to be. Again, ikut kesesuaian.
So, that’s it. Tu je. 3 perkara yang for me Hazzy get right. Mungkin kalian akan kecewa sikit sebab Malaysia tak cakap pasal pengarahan or penulisan dia, tapi for me, it goes beyond that. Karya tu berubah-ubah, but those attitudes and perseverance, discipline, tu universal, semua boleh apply, and if you are wise, you will apply. Tak banyak pun, 3 je, yang jadi panjang tu sebab Malaysia memang kaki membebel.
And tying all of them together is a willingness to learn. Ask for people's opinions, inputs. Keep doing it. And bila nampak ada improvement, so you must be learning something kan, you must be doing something right. And it’s okay kalau improvement tu sejenis siput, it’s okay. Yang penting improves. Jangan la kau nanti jadi writer-director dah lebih 10 tahun, masihhhhh begitu-begitu, transition blackout ajer. Lahhh, tak cakap pasal siapa-siapa eh.



Comments