
Review Yang Sebenarnya Takde Orang Mintak
Jul 28, 2024
3 min read
0
16
0
This one kira macam intro la ya. Apa itu Review Yang Sebenarnya Takde Orang Mintak atau ringkasnya RYSTOM. (horror eh singkatannya pun?)
It is basically reviews that I will produce for shows that I attended. Syarat yang memang I set for myself, it must be the shows yang Malaysia pergi tengok. Takkan la Malaysia nak review shows yang Malaysia tak pergi kan? Tu bukan review la namanya, itu lebih kepada tekaan atau bayangan.
So it started out of nowhere in 2023. Prior to that sebenarnya Malaysia ada je like put up commentaries of shows yang Malaysia tengok, tapi 2023 marks the point in time yang Malaysia decided to be more dedicated and maybe (depending on people's definition) more active in producing reviews/commentaries on shows that Malaysia watched.
Namanya begitu sebab, masa Malaysia start nak post reviews, Malaysia terfikir la, sebenarnya, Malaysia buat review ni untuk apa sebenarnya? Kau dah la nobody, and bukanlah influencer ke influenza ke apa? Kau buat review ni untuk siapa sebenarnya hanat?
Bila tertanya sendiri soalan macam tu, betul jugak la kan? Fikir punya fikir, it was actually first and foremost, and forever shall be, for my own notes. So that one day in the future, if I need to have a recollections or make references to any of the shows that I have attended, at least I know I can go back and look at these reviews yang Malaysia buat sendiri.
So, really sebenarnya, takde orang mintak, kecuali diri sendiri. Thus the tajuk:
REVIEW YANG SEBENARYA TAKDE ORANG MINTAK

Ni header masa nak buat X (previously known as Twitter). Malaysia tak tahu nak buat apa, buatlah apa yang ada mcm ni janji boleh letak kat header X tu. Kucing tu dia macam alter ego Malaysia, dia ada nama la tapi, Musabmal #ytjt.
RYSTOM can be pendek, can be panjang and also can be non-existent bergantung kepada kerajinan, nafsu, panggilan and also masa Malaysia untuk menulis. Disebabkan kepelbagaian panjang-pendek tu, jadi sebelum ni ada yang Malaysia post di story Instagram atau as reels. Yang mana yang panjang sikit Malaysia letak kat Threads.
Selepas kena hamun dan dicarut, siapa pakai Threads? Malaysia pun ambil la inisiatif buat X juga. Tapi tu la, Malaysia ni lembab sikit part-part nak istiqamah jaga banyak-banyak social media account ni. So, masih mencari rentak yang baik dan sesuai untuk Malaysia be present in all those platforms.
And even with those platforms, Malaysia rasa it will be too scattered for easier and more efficient access. Macam kau kena scroll ke bawah untuk cari certain review on certain shows yang you nak tahu. Takde function search and whatnot. Thus the reason Malaysia buat this blog. So I can put it all here, and this blog structure shall overcome that problem of scattering yang Malaysia pointed out.
Walaupun branded as takde orang mintak, sebenarnya ada je yang mintak. Which Malaysia sungguh terharu. So, doakan Malaysia istiqamah dalam menghasilkan RYSTOM.
Kekangan masa is another thing Malaysia nak note di sini. Sebab this is not my kerja hakiki. Yes, contrary to popular belief, Malaysia ada kerja hakiki yang bukan performing arts-related. So, ni leisure activities sebenarnya. Impian juga la kan kalau my work is bulan-bulan dibayar RM10K just to watch shows and write about it. Tapi lambat lagi nak ke situ eh.
Jadi, jika ada show yang belum di-review, bukannlah bermaksud Malaysia selek ke, atau kroni ke, atau memilih bulu ke. Bulu apa Malaysia nak pilih? Main factornya time. Nak menulis ni dia for Malaysia kena ada mood, kena masa kena tempat kena keadaan baru jalan. Plus with this blog went live already, Malaysia perlu migrate some RYSTOM yang Malaysia dah up kat socmeds.
But if you want, boleh je DM me straight, buat macam reminder. Bila nak up review pasal show sekian-sekian. Tapi make sure you know yang Malaysia mmg pergi show tu la eh. Kalau tak, the standard answer would be: Sorry, show tu saya tak pergi.
Cukup la intro setakat ini. Panjang lagi nanti orang noya pulak. Thank you for reading. See you on RYSTOM yang mendatang ya.
🙇♂🌾