Surat Terbuka kepada Penggiat Teater: Jangan Berhenti.
- Arifin Azam
- Oct 11
- 4 min read
Semalam Malaysia berpeluang jumpa seorang penggiat teater, nama dirahsiakan. Kebetulan jumpa, saja la Malaysia berbasa-basi tanya sihat ke, ok ke tak? Previously Malaysia ada ternampak dia zahirkan sebuah penyataan seakan-akan memberi signal yang dia mahu berhenti berteater.
Jadi, selepas berbasa-basi apa perabah semua, Malaysia terus langsung tanya, betul ke nak berhenti? So this will be your last? And dia cakap, dengan satu nada keluhan, dengan rasa penuh kekecewaan, ya.
Malaysia tahu yang Malaysia tak patut masuk campur dalam urusan hidup orang, mahupun binatang dan tumbuh-tumbuhan, tapi sebab memang fitrah Malaysia sejenis busybody, and Malaysia care pasal dia sebagai seorang penggiat teater, Malaysia rasa perlu untuk cuba ubah fikiran dia.
And sebab paling penting Malaysia rasa macam tu, sebab Malaysia care. See, if Malaysia tak nampak or tak rasa keperluan you kepada dunia teater Malaysia, the moment you cakap macam tu, Malaysia akan terus reaffirm dan reenforce fikiran you, dan Malaysia akan katakan, Ya, kau berhenti je la.
But personally, no, Malaysia tak rasa dia patut berhenti. Dia tak patut quit.
So Malaysia tanya la dia, kenapa dia belajar teater?
Dia jawab sebab dia suka teater. Dia love theater.
Kemudian Malaysia reply, if you love it, why quit? Kalau you betul-betul suka teater, kenapa nak berhenti. Itu bukan sifat-sifat orang yang suka sesuatu.
Now, unless dia jawab macam, dia belajar teater sebab dia rasa buat teater boleh kaya, and for some reason reality tak seindah itu, and dia rasa dia silap pilih jalan, waima 6 tahun jugak la kau bergomol dengan teater formally. Kalau dia cakap macam tu, Malaysia takkan kacau, sebab niat dia at the first place bukan teater, tapi profit. So, kalau begitu, baik dia quit, ambil ACCA, jadi chartered accountant ke apa ke.
Tapi dia cakap dia belajar teater sebab dia suka teater. Ya, statement paling general dan sangat terbuka kepada interpretation, tapi pokok pangkalnya dia suka teater.
Kemudian dia bilang, dia rasa kalau dia berhenti, takkan beri kesan apa-apa pun kat dunia teater.
That’s true. And Malaysia bluntly cakap kat dia, nak smack some sense kepada dia, betul la tu. Cuma realitinya, benda yang you rasa ni, terpakai, applicable to anyone dalam bidang teater. Tak kira you baru ke, lama ke, you terkenal or tak terkenal, you buat teater kecil2 je, atau teater besar2 je, you tokoh ke adiguru ke, any of you kalau berhenti berteater, dunia teater tu akan terus bergerak, takkan sikit pun bergegar dan terhenti, dan jadi chaos. Trust me.
Kata la pengarah teater X, memang orang kenal teater-teater hasil arahan dia hebat-hebat, menang BOH awards macam borong kat kedai, menang itu, menang ini, tiba-tiba dia berhenti buat teater. You rasa, dunia teater Malaysia tu akan macam jadi kecoh dan huru-hara? You rasa kementerian akan turun tanya, kenapa berhenti, dan paksa dia buat. Semua panggung tutup, mogok, takkan bukak selagi dia tak buat teater balik. BOH award cancel, tutup kedai sebab terkesan dia dah taknak buat teater? Lambert lagi awak. Tidak2 pun, seminggu dua la orang akan tertanya eh kenapa dia berhenti, ada la orang akan datang kat dia tanya kenapa berhenti. But that’s that. Production2 lain dalam dunia teater tempatan akan jalan macam biasa. Dia dah tak mengarah? Sokay, cari pengarah lain step in. Hidup diteruskan seperti biasa.
Itu baru bercakap tentang kesan penggiat teater yang berhenti kepada dunia teater tau. Belum cakap kesan kepada dunia. Lagi la takde kesan. Dunia akan terus berjalan seperti biasa. Kau rilek je, kita ada case study for it, masa Covid dulu ingat tak? Penggiat teater semua terpaksa stop. Apa jadi kat dunia? Hidup diteruskan. That’s the hard truth. You rasa kewujudan you tak memberi kesan, betul la tu.
Cuma sekarang ni, ini bukan tentang kalau you berhenti orang takkan kisah, takkan beri kesan apa-apa pun kepada dunia teater. Tapi ini tentang, kalau you berhenti, you dah tak lagi menyumbang kepada dunia teater. Jangan fikir tentang apa yang dunia teater Malaysia ni rasa pasal you, tapi fikir apa yang you rasa you nak contribute kepada dunia teater Malaysia. Sama ada orang rasa, hargai sumbangan you, itu cerita kedua. Mesti akan ada yang hargai effort you. Sama ada sikit, atau banyak.
Tapi kalau you quit, you dah tak lagi dalam dunia tu, you dah takde peluang nak sumbang kepada perkembangan teater Malaysia ni. Then?
So jangan fikir tentang apa yang akan terkesan kepada dunia teater kalau you ada atau takde. Fikir tentang apa kesan yang you boleh atau mahu bawa kepada dunia teater sebagai seorang penggiat.
Jadi, makanya, kepada penggiat teater yang Malaysia maksudkan, you know who you are, if you’re reading this, jangan berhenti. Malaysia personally rasa sayang kalau you berhenti sekarang. You dah abdikan diri pelajari teater, ini masa untuk you sumbang balik kepada perkembangan dunia teater sebagai seorang yang terdidik. Do your part. Orang kisah atau tak, suka atau tak, tolak tepi dulu, yang penting you kena tahu tanggungjawab you kepada dunia teater, apa yang you perlu bawa. Kalau you rasa penat, sokay, rehat dulu, kemudian sambung balik. Bukannya terus berhenti. You only quit when you die, and even so, think of how your works touched so many people’s lives, and have the potential to inspire more practitioners.
Dan ini juga terpakai kepada penggiat-penggiat teater di luar sana, juga kepada penggiat seni persembahan. Don’t quit. Jangan fikir pasal ada ke orang atau pihak yang akan terkesan kalau you berhenti, sebab, sorry dear, jawapannya memang takde. Tapi fikir tentang apa kesan yang you boleh bawa kepada bidang tu kalau you ada. Dan kalau you berhenti, you dah hilang peluang tu. And that, for me, is such a waste.



Comments