A Lesson from The Things We Find in Ashes
- Arifin Azam
- Oct 13
- 5 min read
Dalam satu tempoh yang agak singkat, Malaysia dapat sampel teater-teater yang ceritanya berlatar belakang Malaya zaman perang-perang dulu: zaman Jepun la, zaman British and zaman komunis. Kalian memang berpakat eh? Tiber.
Anak Tanjung di Penang tempoh hari, kemudian membawa ke Sungai Mengalir Lesu (the adjective is on point) di DBP, kemudian The Things We Find in Ashes di PKK Tuanku Bainun. Upcoming ni awal November, nak pi tengok Tulang-tulang Berserakan pula, di Penang juga.
And maaf cakap, for some reason, TTWFIA (tajuknya panjang sangat, so from now Malaysia guna singkatan ni je eh) ni yang so far presentation yang terbaik, waima produksi pelakon-pelakon remaja.
TTWFIA ialah produksi bagi program Teen Theatre Project, Season 4, kelolaan PKK Tuanku Bainun. Setelah pementasan Sisyphus and His Rock yang mendapat sambutan hangat (aderr, oversell) mereka pentaskan TTWFIA, kira ni final showcase untuk batch season 4 ni la.
Presentation apa yang terbaik sangat tu? Adakah Malaysia sedang diugut oleh pihak produksi? Tidak eh. Presentation yang terbaik tu in terms of the story and narrative. Based on the samples, and Malaysia yakin kalau secara general observation, cerita-cerita yang ada latar belakang perang, tak kira la zaman apa, mesti akan dimanifestasikan atau diwujudkan pelaku-pelaku atau watak-watak penjajah tu. So kalau latarnya zaman Jepun, kena ada la askar Jepun, waima vocab sekian-sekian je, and sumpah tak exaggerated stereotype (dibaca dengan nada sarcastic). Kalau zaman British, nanti ada la askar atau pegawai British yang juga tak exaggerated langsung (juga dibaca dengan nada sarcastic).
Itu yang terjadi dalam Anak Tanjung dan Sungai Mengalir Lesu. Dan Malaysia yakin untuk cakap yang itu akan terjadi juga dalam Tulang-tulang Berserakan, waima belum tengok lagi, sebab teks dia memang demand untuk watak-watak sebegitu diwujudkan.
So, untuk TTWFIA ni macam mana?
TTWFIA ni latarnya 1949, ni masa darurat. So konflik latar masa tu ialah komunis rengsa dengan British, British rengsa dengan komunis, penduduk-penduduk tempatan tersepit la kat tengah-tengah. Dan dalam kes watak-watak TTWFIA, mereka tersepit dalam satu perpustakaan yang repurposed sebagai rumah yayasan tempat berlindung bagi kanak-kanak perempuan yang terbuang atau kehilangan keluarga, di bawah kelolaan Umi, scandal Pak Hamid. Lahh, harus la kalau nak buat rumah yayasan macam tu mmg kena ada patron, sebab tu dia kena ada scandal. Dalam rumah tu ada
1. Umi, pengetua yayasan tu, single ready to mingle, pencinta buku, mungkin juga mantan pustakawan gred S12,
2. Khadijah, atau Dijah, atau Kathy lahh taknak kalah, janda, merangkap orang kanan Umi,
3. Celeste, anak kacuk Pegawai British dan wanita tempatan,
4. Yasmin, adik Melati, bekas amah di rumah org British, tuan Harrington,
5. Melati, kakak Yasmin, juga bekas amah, mereka highly likely orang Kota Bharu,
6. Aisyah, anak Seri Panggung, kini sendirian dan selalu PTSD,
7. Mei Ling, adik kepada ahli komunis, direngsa oleh Celeste.
Anywho, kalau latar dia masa komunis, it is only logical to have askar-askar komunis in the play, right? No. Arsyad Azrai, a notable Malaysian writer, has found the formula or trick, to present such setting and conflict of the period, without the need to manifest them physically. Kita sedar tentang conflict British-komunis tu melalui beberapa hint, which I might say well-placed hints, in the story and in certain characters.
Contoh, we know through Melati and Yasmin yang mereka berkerja dengan tuan British, the Harrington’s house, jadi amah, kau rasa? Kemudian melalui Celeste, kita tahu yang British kena game dengan Jepun, and later dengan komunis (nasib kau la British, kau pun bukan baik sangat, lahhh). Melalui Aisyah kita tahu yang ibu dia dibunuh dengan Jepun, or komunis, depends on how you perceived it. And melalui Mei Ling kita tahu yang masa tu memang komunis tengah naik (abang Mei Ling komunis, diorang camp di hutan-hutan). Si Celeste pulak merengsa dengan Mei Ling sebab dia rasa Mei Ling sokong komunis dan komunis benci and nak bunuh orang British (oops).
Walaupun latar-latar tersebut disampaikan secara secondary, sebab melalui watak-watak punya penceritaan, tapi dia masih digambar dengan baik, and melalui kesan-kesan daripada latar konflik itu kepada watak-watak, dia jadi satu lagi lapisan yang membuatkan cerita tu bukan 1-dimensional.
Dan dengan berbuat demikian, penulis dan pengarah boleh mengelakkan beban untuk mewujudkan watak-watak British dan komunis yang, maaf cakap, kalau dia buat, confirm, or highly likely akan jadi cringe macam kat Anak Tanjung dan Sungai Mengalir Lesu (emphasis on lesu).
Kenapa Malaysia cakap penulis has found the formula? Sebab ini bukan yang pertama dia berbuat demikian. Allow me to take you back to a production, written and directed by the same notable Malaysian writer Arsyad Azrai, called Matahari. Matahari is a production showcase for PKK Tuanku Bainun Artspire program. It’s a play about a family. The play starts normal, macam your typical drama ruang tamu, until sedikit demi sedikit, kejanggalan muncul. Janggal sebab beberapa perkara yang dibualkan atau terjadi dalam cerita tu yang buat kau rasa macam “kenapa ni?”
Nak contoh? Mereka jerang air pakai cerek. Mana coway? Mungkin la masa tu takde coway ke entah but the father, Baba, ada cakap, takyah la panaskan air, minum teh sejuk pun ok. Macam kau nak jimat gas kenapa kan, kau doktor kot. Takkan la doktor kedek sangat eh. Lepas tu ada scene anaknya ni dengan cousin beli kain, sebab cita-cita kau nak jadi pereka fesyen, lepas tu mak dia cakap membazir, orang dah tak pandang fesyen-fesyen ni, baik beli makanan. And mereka siap bagi remark kepada yang dapatkan bekalan kain, mana kau dapat, bahaya ni kalau tertangkap. Like, kain je kot? Tak Kamdar, Nagoya ada, Muaz ke Jakel ke. And kain kot, since when kain barang larangan? Kat bahagian establishment of the story, kita dah rasa tak senang dengan latar kehidupan mereka, nampak normal, tapi macam ada yang tak kena.
Rupa-rupanya, mereka sedang dalam perang, so everything mula make sense, nak jimat gas, fesyen dah tak penting, nak dapatkan supply barang susah, bapak dia yang doktor tu dengar pasal bekalan ubat pakai radio. So dalam Matahari, mereka berjaya deliver latar konflik masa tu, tanpa perlu nak wujudkan secara fizikal pelaku-pelakunya. Tak perlu nak tunjuk ada askar-askar penjajah datang pukul-pukul orang, tak perlu nak ada scene penjajah halang orang hantar ubat dan sebagainya.
And it still works. Again, such conflicts is presented through the family, so dia sejenis secondary, tapi it still paint the right picture, it still effective, and yang paling penting, dia tak distract penonton daripada cerita pokok, iaitu tentang keluarga tu.
So the same can be observed with TTWFIA. Konflik British-komunis, and Jepun, tu wujud, dan terasa, tetapi melalui pengalaman dan konflik antara watak-watak dalam rumah yayasan Umi tu. Tanpa pewujudan pelaku-pelaku British, Jepun, komunis tu, core story of the anak-anak yayasan Umi tu jadi highlight, and at the same time you are well-fed with the background of the war or political situation, ikut la term mana yang kau lagi suka.
Makanya, the next time nak buat cerita perang-perang ke, atau cerita-cerita yang berlatar peperangan, tak kira la, Portugis ke, Belanda ke, British, Jepun or komunis, ask yourself these questions: perlu ke manifest penjajah-penjajah tersebut secara fizikal? Untuk cerita zaman Jepun, perlu ke ada dua-tiga ketul askar Jepun yang tak lepas JLPT N5 pun, sekadar untuk cukup syarat? Is there another way that their presence and cruelty can be manifested without them doing such actions on stage?
It is possible. TTWFIA dan Matahari are examples. This being said though takde la maknanya tak perlu la diwujudkan watak-watak penjajah tu secara fizikal kalau nak buat cerita-cerita macam ni. Bukan. Of course itu bergantung kepada keperluan teks. Macam Anak Tanjung and Sungai Mengalir Lesu (lesu: lemah (kerana tidak puas tidur, kurang makan, dsb), tidak cergas, letih) memang teksnya ada watak-watak tu, so satu hal pula kan nak olah untuk nyahwujudkan watak-watak tu. Although, arguably, you don’t have to present it badly. Tapi tu cerita lain la ya.
Yang dimaksudkan ialah, wujud alternatif untuk sampaikan latar peperangan atau penjajahan tanpa perlu wujudkan pelaku-pelaku tersebut secara fizikal. Teristimewa untuk penulis-penulis, pengkarya-pengkarya dan pengarah-pengarah baharu, naratif perang dan penjajahan tu ada kaedah lain untuk disampaikan. And kaedah lain, seperti yang dipakai dalam TTWFIA dan Matahari tu tak mengurangkan sikit pun keberkesanannya. In fact, dengan pendekatan dan delivery yang betul, boleh jadi lebih baik dan menarik.



Comments