top of page

Di Kampung Di Kota: Seriously Parallact Art, Ni Je?

  • Writer: Arifin Azam
    Arifin Azam
  • Oct 7
  • 8 min read

Salah satu peserta Pesta Teater Kuala Lumpur 2025 ialah Parallact Art, membawa naskah Di Kampung Di Kota. Kota mana? Kota KL la dik, nama pun Pesta Teater KL, yang nak bertanding semua kena bawa naskah yang ceritanya ada kaitan dengan KL. Kalau dia bawak cerita Taiping sah-sah la tak lepas eh.


Sedikit coretan mengenai naskahnya. Di Kampung Di Kota merupakan karya Allahyarham Syed Alwi, a very prominent dramatist, seorang tokoh seniman. Naskah-naskahnya semua telah capai tahap canon. Karya lain beliau termasuklah Alang Rentak Seribu dan Tok Perak. Di Kampung Di Kota termasuk dalam kategori teater moden. Premis ceritanya mudah, tentang seorang perempuan asal kampung, Teh Azah, menetap dan berkerja di kota, bersama adik dan rakannya. Suatu hari, ibu-bapanya datang bawa khabar ada yang nak masuk meminang, tapi wakil keluarganya nak merisik-risik dahulu, nak tengok-tengok dulu. Teh Azah dengan semangat minah karan dan hati telah mengenali kebebasan kota, rasa berat untuk melangkah ke alam perkahwinan, jadi semasa wakil belah lelakinya tu datang ke rumahnya di kota tu, dia buat pelbagai helah sehingga hajatnya si keluarga lelaki itu dibatalkan.


The thing about naskah-naskah begini, naskah-naskah lama ni, dia dibuat dalam mindset teater pada zaman itu. Dan disebabkan itu, naskah-naskah sebegini, walaupun mesejnya baik, menarik dan memang telah diangkat sebagai karya yang baik, canon, dia susah untuk dipentaskan kepada khalayak zaman now-now. Sebab masyarakat kan berubah, our idea of entertainment and arts pun berubah, so kalau you present naskah lama seperti ini dengan pembawakan yang seperti zaman itu, highly likely penonton tak boleh engage and then find it boring.


Tapi tengok jenis penonton juga. Kalau penonton dalam kalangan pelajar teater,  penggiat teater atau yang memang dah tuned pemikirannya untuk tengok teater, mungkin dia boleh appreciate pembawakan yang seperti zaman itu. Sebab, let’s be honest, each period ada estetika tersendiri. Cuma kadang-kadang sukar sedikit untuk kita tap estetikanya. Alah, dia macam kau ada kawan suka barang-barang vintage, pastu kau macam jammed sebab kenapa dia suka benda-benda macam tu waima it’s 2025. Sebab barang-barang tu ada nilai estetikanya yang berkait dengan period of that style, and kawan kau tu jenis yang boleh tap into it, so dia suka. Kau tak boleh tap into it, tu yang kau jammed.


So, kalau nak cakap jujur, jika Parallact Art nak pentaskan naskah ini dengan cara zaman itu, Malaysia ok je. Sebab I know I will like it. Tahun lepas, Tabod Production pentaskan Di Kampung Di Kota. Itu sebahagian daripada penilaian bagi kelas Teater Moden mereka. Style pementasan simple, cukup lengkap untuk sampaikan cerita. Pendekatan pementasan tidak terlalu inovatif, sebab objektif utama subjek tu memang untuk mereka dapat sampaikan the rudimentary idea of teater moden. And I loved it, sebab penyampaiannya baik, setnya dibuat dengan cermat. Dan yang paling penting dia jadi sebagai satu tanda yang at one point in time, itu la rupa teater di Malaysia.


Parallact Art bagi pementasan Di Kampung Di Kota mengambil pendekatan yang berani dan lebih inovatif. Sebab mereka tidak terikat dengan apa-apa kehendak subjek atau kelas. Sekilas bila menonton tu rasa macam tengok teater moden, cerita kat ruang tamu je pun, tapi dia enclosed by this fresh and current vibe yang buat cerita itu lebih mudah diakses atau tapped by general audience. This is a good initiative I must say, sebab unlike Di Kampung Di Kota by Tabod, yang memang jelas objektifnya untuk penilaian teater moden, dan penonton mereka pun made aware of it, pementasan Di Kampung Di Kota oleh Parallact Art adalah untuk Pesta Teater Kuala Lumpur yang penontonnya terbuka dan boleh jadi tidak terarah kepada estetika teater moden sedemikian. So it’s a smart move, presenting it in  a way that most general audiences can enjoy.


Tapi ni kan pertandingan, so sepatutnya dipentaskan ikut apa yang juri-juri prefer la kan?


Ya. Dibuatnya juri-juri tak berkenan dengan pendekatan tu, maap la yer, tak kan kena la. Tapi, at least, penonton happy, enjoy it, so itu pun dah dikira win dah for me. Apa-apa pun kena tunggu nanti masa keputusan la kan, untung sabut timbul. Mana tahu pendekatan yang diambil ni pun juri berkenan?


Satu perkara yang dibuat oleh pementasan ini, yang bagi Malaysia baik, ialah pewujudan watak narrator tu. Dia buat kita lebih mudah mengikuti kisah yang berlaku dalam rumah Teh Azah, and sedikit sebanyak dia bagi weigh kepada apa yang pentingnya cerita ini? Dia cerita pasa family ni je pun, tu je. Tapi bila ada narrator ni, dia macam turut beri insights kepada kita apa yang perlu dilihat dan dipelajari daripada kisah ni. As simple as a narrator, could elevate your play. Ditambah pula narattornya Ron Isa yang kalau berdiri je pun kau dah terhibur, dengan style lakonan dia dan cue-cue lampu dan transition yang for me agak well done, dia jadi satu penambahan yang baik. Semasa ditanya tentang kewujudan narrator ni, Sara, yang memegang watak Teh Azah bilang yang dalam teks tu memang dah ada narrative tapi lebih kepada voice over, jadi pengarahnya, Lok Heng ambil inisiatif untuk manifest it ke dalam bentuk fizikal. And for me, it’s a good move.


Ya, pengarahnya nama Lok Heng, bukan nama sebenar. Dia kalau org Johor tahu kot Lok Heng tu apa. Bukan nama biskut. Dia nama tempat. Agak Malaysia, dia ni dari Lok Heng la kot eh. Cuba kalau dia dari Kota Buruk atau Kota Biawak Busuk, naya weyh nama pentas kau akan membawa unsur-unsur syubhah ya. Lok Heng is a good director. At least for me la. Kau kalau rasa pengarahan dia takde la baik mana, atau suam-suam cuckoo ke, itu terpulang. Setakat yang Malaysia sample hasil-hasil pengarahannya, Malaysia takde complaint. He tends to be clear with what he wants to bring, what he want to present. His vision and concept menarik-menarik  and he knows how to bring the best out of a script. Antara pengarahannya, Mesyuarat Agung Tahunan Superhero, Racun Between Us, which Malaysia ada coret-coret sikit here, dan Oasis di New Sahara, yang also Malaysia ada bebelkan here. Dia ada juga direct untuk penyertaan Short+Sweet, tahun lepas dia buat Kamal Kamalia. Tahun ni dia tak masuk, merajuk kot. Tiber. Orang yang macam ni patut dapat peluang direct teater perdana sesuatu badan berkanun (ytjt). Tiber, but ya. Dia berjaya bawa Di Kampung Di Kota, dalam satu idea yang baharu, fresh dan inovatif, tanpa mengurangkan nilai naskah tu. Itu dengan bajet yang sekian-sekian, masa yang sekian-sekian dan fasiliti latihan yang sekian-sekian. Bayangkan kalau dia ada peruntukan dan fasiliti yang sesuatu badan berkanun tu ada, bayangkan apa yang dia boleh hidangkan. Tapi ya la, maap lerr, awak tu baru sangat lagi, belum cukup 1 abad pengalaman mengarah kan. Nasib la Labu. Dear Lok Heng, if you are reading this, cuba la apply ke, gosok-gosok sesuatu badan berkanun tersebut, minta jadi pengarah. Mana la tahu tersangkut.


Decision mereka untuk jadikan pementasan ini sejenis stylistic pun bagi Malaysia menarik. Sebab dia macam sejenis sitcom juga jadinya. Dan daripada aksi-aksi tertentu membuatkan cerita jadi lebih menarik ditonton. Again, Malaysia akan suka je kalau dibuat secara realisme dan tak perlu ornament-ornament stylistic macam tu, tapi I must admit I did enjoy seeing it being done in that way. At least takde la transition blackout 27 kali kan. Tak cakap pasal siapa-siapa eh. General statement je.


Trivia menarik tentang pemilihan teater ini, masa Malaysia tanya kenapa pilih skrip ni, selain ceritanya berkaitan KL, mereka bila sebab naskah ini memberi satu nostalgia kepada salah seorang pelakon merangkap bininya si pengarah (haah ni family production, tiber). Sara Sulaiman, yang melakonkan watak Teh Azah, mengatakan naskah ini dahulu pernah dilakonkan arwah ayahnya satu ketika dulu. Malaysia tak tanya lebih la perincian. Selepas show Malaysia contact nujum, ceritakan tentang perkara tu, dan nujum Malaysia bilang memang ada satu production Di Kampong Di Kota yang diarahkan sediri oleh allahyarham Syed Alwi, satu ketika dulu (1991 je pun, tapi dah kira ancient ke eh?), dan list castnya ada tertera nama Sulaiman Sarijan. Kemudian, seperti scene kartun yang dapat idea dengan bulb lampu menyala kat tepi kepala Malaysia, memang nama si Sara ni Sara Sulaiman, mungkinkah? Sebab taknak menimbulkan spekulasi, esoknya Malaysia pun hantarlah surat kepada Sara bertanyakan perkara ini, dan surat balasnya menyatakan ya, Sulaiman Sarijan itulah gerangan arwah ayahnya. Malaysia pun bilang, betul-betul kes ke mana tumpahnya kuah ya dia ni.


Sara Sulaiman (nama pentas, kalau kau stalk IGnya, mcm ada nama penuh sikit), awalnya Malaysia kenal sebagai pelakon dan choreographer. Malaysia tak tahu tau background dia, dia belajar apa ke kat mana ke. Sebab Malaysia malas nak ambil tahu. But she’s good. Her musical choreography is on point. Kalau you all nak belajar choreograph untuk muzikal, cuba-cuba la dapatkan beberapa points from her. Sebab the thing about choreography, you boleh choreograph, but sometimes dia tak kena dengan citra muzikal. But Sara ni dia boleh choreo untuk muzikal. And everytime bila Malaysia tengok dia berlakon, dia ni ada satu benda yang buat Malaysia rasa, dia ni tahu apa itu abhinaya, apa itu rasa. Tapi masa tu Malaysia tak tahu background study dia, but Malaysia yakin dia mesti ada pick it somewhere. Kemudiannya Malaysia dapat tahu dia lulusan dari ISI Padang Panjang, Indonesia. Then everything makes sense, perhaps dia pick that skill set there, and I am not surprised. She’s good. Kalau you all pelakon, cuba la tanya-tanya dia tips, macam mana dia buat, macam mana dia manifest the emotion effectively. Lahhh, busy la eh dia lepas ni nak masyarakat majmuk tanya pasal choreography la lakonan la, nasib la Labu.


Ok la cukup la puji-puji, nanti riak pulak dia kan. Another thing yang Malaysia nak highlight ialah beberapa minor details yang Malaysia really appreciate diletakkan dalam Di Kampung Di Kota ni. Pertama, perbuatan menunduk bila nak melintas orang lebih tua. Kedua, everytime tetamu datang, akan hidang air minum. Ketiga, ada scene mak bapak Teh, bila si Pak Lat dan che Som visit nak tengok2 Teh, dia suruh one by one pergi salam. All of these things, ya, nampak kecil, tapi sebenarnya itu value yang diterapkan dalam masyarakat. I mean, tu la yang Malaysia experience dulu2, nak lintas orang lagi tua tu kena menunduk, pastu kalau ada org datang rumah mula la mak tu suruh keluar salam semua orang. And mmg diajar dulu kalau ada tetamu tu kita kena jamu, at least minuman, teh ke, kopi ke. Malaysia tak pasti jika benda ni masih dibuat, sebab Malaysia dah tak dalam keadaan tu, so I don’t know. Tapi rasanya masih ada la ya mungkin, hopefully. But this is in a way, to prove yg teater, and by extension, sastera, berfungsi sebagai satu time capsule. Future generation, contoh tahun 2080 nanti, contoh la eh kalau ada orang buat play ni, atau tengok balik snippets daripada production Parallact ni, dia akan perasan, kenapa diorang jalan menunduk eh, kenapa mak bapak dia gigih betul eh suruh sorang2 salam tetamu tu. 


Sebelum Malaysia melalut tanpa hala, another thing yang Malaysia nak highlight daripada pementasan Di Kampong Di Kota ini, sebab ada Abg Wan atau nama ICnya, Khairunazwan Rodzy. Abg Wan ni, umum mengenali sebagai penulis-pengarah. Tapi dia memang trained dalam lakonan. Cuma sekarang-sekarang ni, anggap la diri kau bertuah kalau kau nampak dia berlakon. Mesti Parallact gosok baik punya ni sehingga Abg Wan pun sudi nak berlakon. Kemudia kat tengah-tengah cerita, tiba-tiba, sayup-sayup bergema lagu Sudirman, lagu Di Dalam Sepi Itu, masa tu pentas kosong la, lampu malap-malap manja, tiba-tiba tingkap tengah tempat watak Abg Wan ni selalu keluar terbuka, dan macam biasa bila saja Abg Wan keluar, sebahagian penonton diserang histeria, sebab bukan selalu tau nak tengok dia berlakon. Dan kemudian, dia ckp macam menyeru seseorang, “Laila..”


Pulak dahh hahaha. Ini sejenis homage kepada naskah Sudirmania ya. Laila tu watak utamanya la, yang dilakonkan oleh Dzeelfa Zainal, yang dalam Di Kampong Di Kota jadi ibu kepada Teh Azah. Malaysia cakap jujur ya, kalau the moment mereka sambung duet lagu tu, Malaysia akan auto menangis, sebab terkenang cerita Sudirmania tu, and that scene memang macam tak rilek. Quite excited sebenarnya kalau mereka sambung, tapi nasib baik juga mungkin mereka tak teruskan niat tu, kalau tak menjejes la eh air mata Malaysia. Tapi scene tu jadi macam sejenis easter egg yang menarik. Brilliant. 


Kalau Parallact Art pentaskan semula Di Kampung Di Kota ini, Malaysia sanggup tengok balik. It is a good exploration, a good execution. Cuma maybe one thing yang boleh dilihat semula part memasukkan elemen muzikal ke dalam scene, boleh tambah murni lagi. It’s already entertaining, cuma ada beberapa part dia nampak sangat ditempel. Ok la eh, takkan la nak puji memanjang je eh, nanti masyarakat majmuk bilang Malaysia bias. So kena la ada comment penambahbaikan sikit.


Anywho, akhirulkalam, looking forward to your next production. Tahun ni macam dah miss dua production mereka, tapi nak buat macam mana, waktunya tak kena. 


 
 
 

Comments


bottom of page