top of page

Tonton Teater Sebab Minat? - Revisited

  • Writer: Arifin Azam
    Arifin Azam
  • Oct 24
  • 7 min read

This is me revisiting a writing I made 6 years ago, in 2019, on Facebook. Masa tu FB ada feature Note, yang kau boleh tulis berjela, ala-ala blog la. And masa tu Malaysia memang dah suka membebel berjela, so memang Malaysia explore benda alah macam tu, termasuklah blogspot dan yang sewaktu dengannya.


Tajuknya sejenis soalan retorik yang lebih kepada nak mengajak kita fikir balik, betul ke kita tengok teater sebab minat? Kemudian Malaysia berikan 2 sebab utama yang membuatkan seseorang menonton teater. Minat bagi Malaysia ialah sebab secondary.


Di akhir karangan tu, Malaysia ada nyatakan yang pada masa akan datang mungkin Malaysia akan ada pandangan lain yang akan menggantikan pandangan tersebut, tapi nampak gaya, selepas belek-belek lagi, Malaysia sepertinya masih bersetuju dengan diri Malaysia pada tahun 2019.


Jadi di sini Malaysia salinkan semula karangan berjela tersebut, yang Malaysia sendiri tengok FB throwback kat memories rasa macam impressed pulak Malaysia menulis benda-benda macam tu pada tahun 2019 ya. This is pre-covid ya tuan-tuan dan puan-puan, way before Malaysia really started to dedicate my energy to theatre. Masa tu Malaysia masih beriya dengan dunia tarian, waima kesudahannya apo.


Anywho, here you go.


TONTON TEATER SEBAB MINAT

Reproduced from the original post in FB Notes, on 23 Oct 2019


Mereka yang pergi menonton teater ni aku pandang sebagai orang yang ada dua syarat ni; ada disposable income dan juga ada disposable time. Tinggi mana pun seni tu, deep level apa pun, kita tidak boleh nafikan yang teater, sebuah seni persembahan, fungsinya, antaranya adalah sebagai hiburan.


So, kalau kau nak tengok teater, kau kena tahu yang kau perlu ada dua syarat ni. Disposable income tu ialah duit-duit lebihan untuk dibelanjakan. Tak kisah la, kalau disposable income kau banyak, banyaklah kau boleh tengok teater, atau kau boleh tengok teater yang mahal-mahal sikit. Kalau disposable income kau kecil, sikit je la kau boleh tengok.


Kedua, disposable time. Masa. Masa pun macam tu. Kalau kau sejenis busy memanjang, celah mana pula nak selit tengok teater? So akan ada masa yang memang tak boleh sangat tengok, sebab bertindan dengan perkara lain. Hal ini terserah kepada seseorang itu sendiri bagaimana dia susun keutamaannya. Kalau dia perlu pilih antara dinner dengan kawan-kawan sekerja atau tonton teater, itu terserah pada dirinya yang mana perlu diutamakan.


Orang dulu-dulu kata kalau ukur baju elok di badan sendiri. Tapi kalau nak beli free size kira macam pukul rata, tiada masalah. Terserah gemar yang mana.


Dalam pernyataan aku di atas, aku tak letak minat sebagai penentu. Kenapa? Sebab hakikatnya, minat itu secondary apabila dibandingkan benar-benar dengan dua perkara ni. Kau minat sangat nak tengok Teater A, tapi show dia Isnin dengan Selasa, pukul 3 petang. Kau kerja pejabat. Bagilah minat kau banyak mana pun, kau tak boleh nak pergi.


Of course kau boleh skip kerja, tiada masalah. Itu hak masing-masing seperti mana yang telah ditimbangkan yang sepatutnya. Tetapi, dalam keadaan ini (skip kerja) sebenarnya kau cuba wujudkan disposable time, dan akhirnya ia berbalik kepada hujah yang asal; kau perlukan masa.


Contoh kedua, katakanlah kau minat yang teramat nak tengok Teater B, tapi tiket sejenis RM3,000 satu seat. Kau kira-kira, dengan pendapatan Malaysia yang sedikit berpeluh ni, RM3,000 untuk dihabiskan bagi 2-3 jam show kurang memberangsangkan. Tak kisahlah minat kau yang meninggi tu tinggi apa, akhirnya persoalan wang tu yang perlu diikut dulu, bukan minat.


Of course, boleh je dikatakan disebabkan minat, kau sanggup jual ginjal (ayat asal telah diubah supaya lebih mesra keluarga), atau buat kerja-kerja lebih, atau cari cara bagaimana hendak dapatkan tiket tersebut (masuk pertandingan ke, buat tiktok ke). Tetapi, dengan berbuat demikian sebenarnya sama la kau cuba wujudkan disposable income atau substitute kepada disposable income bagi mendapatkan tiket itu. Minat masih secondary.


Ya, boleh saja dihujahkan, minat yang tinggi akan jadi faktor utama, kerana minat yang tinggi akan membuatkan seseorang berusaha sehabis baik untuk memenuhi syarat dua biji tersebut. Tetapi, bagi aku, dengan cara pandang begini pun boleh kita lihat pemberatan itu kepada disposable income dan disposable time. Minat tu digunakan untuk memenuhi syarat-syarat itu. Kalau minat yang jadi syarat cukup, tidak perlu la mewujudkan atau memenuhkan syarat yang dua tu.


Cubalah kita beri situasi, Encik A, seharam apa pun tidak minat dengan teater-teater ni. Mungkin Encik A menganggap teater hanya alat-alat kapitalis atau unsur-unsur lagha. Tetapi Encik A ada banyak masa terluang disekalikan dengan pendapatan yang hanya Malaysia sahaja tahu. Ditakdirkan satu hari, anak atau kawan Encik A mengajaknya menonton Teater C, kalau diberi pujuk yang betul, Encik A berkemampuan untuk pergi, dapatkan tiket, dan kerana benar dia ada banyak masa terluang, perkara ini tidak akan jadi masalah.


Encik A tadi mempunyai dua syarat tersebut. Tapi dia tak minat. Dalam panggung mungkin dia hanya akan duduk, baca twitter atau main Mobile Legend. Selepas habis pementasan mungkin dia akan katakan, “apa jadi ni?”


Situasi di atas saya wujudkan untuk gambarkan yang tanpa minat put, asal ada disposable income dan disposable time, kau boleh tengok teater. Boleh kau nafikan yang disebabkan dia tidak minat, dia tidak sebenar-benarnya “tengok”. Tapi dia masuk panggung tu, dibandingkan dengan mereka yang tidak memenuhi dua syarat tersebut, yang tak dapat nak masuk panggung langsung, Encik A “tengok” lebih banyak. Berkualiti atau tidak, itu masalah dia.


Di sini juga harus diterangkan, mempunyai kedua-dua faktor tersebut tidak mewajibkan seseorang menonton teater. Suka hati dia la kan nak buat apa dengan pendapatan dan masa lebihannya.


So what? Tergerak aku nak menulis pasal perkara ni sebab selalu saja dengar jawapan-jawapan terhadap soalan yang berbentuk “kenapa kau tengok teater sekian-sekian?” atau yang sewaktu dengannya. Anatra yang wujud termasuklah:


  • Aku minat pelakon sekian-sekian

  • Penulis skrip dia awesome

  • Cerita ni dulu aku pernah tengok

  • Cerita ni best, so nak tengok kalau production ni macam mana

  • Aku cultured … Theater is my life


Dan bermacam-macam lagi. Dan memanglah tak dinafikan yang menggerakkan seseorang berbuat sesuatu adalah keinginan. Tetapi, jawapan-jawapan di atas hanyalah hiasan bagi menyedapkan jawapan. Hakikatnya, seseorang itu pergi ke teater kerana, tidak kisah la dia gigih atau minat atau ada dua-tiga ijazah teater ke, dia jadi pergi kerana dia ada pendapatan dan masa lebihan.


“Saya suka tengok dia berlakon, tapi show dia semua jatuh masa saya tengah kerja.”


“Saya suka cerita sekian-sekian ni, tapi Malaysia mahal sangat la tiket.”


Dan seterusnya, dan seterusnya.


Untuk memanjangkan fikiran kita, antara disposable income dengan disposable time, yang mana lebih penting? Bagi aku, one without the other macam tak guna juga kan. Encik B berkemampuan beli semua seat dalam panggung, tapi Malaysia busy, tak jadi jugak. Atau Encik C sejenis 24 jam boleh tengok teater, tapi tak berkemampuan berbelanja ke arah itu, tak jadi juga.


Dan sudah tentulah jika seseorang mempunyai kesemua faktor di atas (disposable income, disposable time, minat, kegigihan) itulah yang sebaik-baiknya.


So,what’s your point?


Takde apa-apa point pun, aku memang suka merepek. I have disposable time to do this, and don’t really need to spend a ringgit to write, jadi inilah hasilnya.


Tapi, secara lebih serius, perkara ini jarang kita lihat dengan jelas, ye la, saya tengok teater sebab antaranya nak feeling-feeling cultured. Tapi dua faktor ni main peranan penting untuk penerimaan dan sambutan teater tu sendiri.


Malaysia kalau kita bandingkan penerimaan dan sambutan teater dengan wayang (cinema, bukan wayang kulit) kerat jari kita boleh terima yang Malaysia lebih ke arah wayang. Sebab?


Mudahnya berbalik kepada dua perkara tadi. Cinema lebih mencukupkan kedua-dua syarat yang diperlukan seseorang tadi. Purata RM15 - RM20,1 dan showtime sejenis beratur. Di situ tidak akan timbul masalah bagi mereka untuk menyusun jadualnya. Tak boleh tengok pagi, tengok malam. Malam tak boleh, tengok tengah malam.


Kalau teater, strukturnya berbeza. Cinema tadi selang satu jam boleh saja ada show. Teater, kalau gigih pun biasanya satu hari 2 show, petang sekali atau malam sekali. Nak gigih lagi pun 3 kali je kot (tak pernah nampak, but for the sake of argument); pagi sekali, petang sekali, dan malam sekali.2 Lepas tu pelakon semua barai.


Kalau teater nak compete dengan kemampuan cinema dari sudut ini, sama ada sesuatu show jadi sangat singkat (dah jadi sketsa la kan sebenarnya) atau setiap produksi perlu sediakan beberapa set pelakon dan crew. Gigih.


Cinema, kau ulang 1,000 kali pun boleh. Teater dipentaskan in situ, there and then. Kalau kita lihat tradisi teater luar pun, pementasan yang berjumlah banyak, sampai sebulan, dua bulan, setiap hari hanya satu show.3 Itu pun system understudy dia sejenis rumit. Dan disebabkan ini, wajar teater tu mahal.


Sebab itu, kalau di sini, kebiasaannya sesuatu pementasan hanya untuk 2 - 3 hari. Dan ini yang akan menjadi faktor menyebabkan akan ada yang tidak dapat menonton disebabkan tidak ada masa, tetapi nak buat macam mana kan?


Wajar teater tu mahal, tapi kalau production nak jual tiket murah, kami penonton tak halang. Di Kuala Lumpur (kurang yakin dengan keadaan negeri lain) terdapat banyak inisiatif-inisiatif yang wujud bagi membolehkan syarat disposable income untuk menonton teater dicapai.


Ada studio-studio, dan beberapa institusi yang tetapkan harga setiap pementasan pada kadar yang boleh digagahi. Jika tidak pun, diberi beberapa pilihan mengikut kadar kemampuan dan kemahuan, contohnya kalau nak seat depan yang sejenis boleh kira bulu mata pelakon, bayar mahal sikit. Kalau rasa kurang mampu untuk dapatkan seat tersebut, ambillah yang tepi-tepi atau belakang.


Sekali lagi, ukur baju di badan sendiri. Tetapi setakat yang aku perasan, produksi tempatan masih meletakkan harga pada kadar berpatutan, tidak kira la kat dewan mana, tepi jalan ke, IB ke.4 Dibandingkan dengan produksi luar yang datang ke sini, Malaysia sesungguhnya patut belajar bersyukur.


Jadi, apa yang membuatkan seseorang pergi menonton teater? Atau apa yang menjadikan seseorang itu dapat menonton teater? Dua syarat tadi la mudahnya membuatkan seseorang pergi menonton teater; disposable income dan disposable time. Ya, minat penting, kegigihan penting, suka seseorang dalam pementasan pun penting. Tapi tanpa didahulukan yang dua itu, Malaysia hanya mampu minat sahajalah.


Dan semua ini pandangan aku, mungkin lagi 2 - 3 bulan atau setahun kemudian bila aku belek-belek semula, akan ada beberapa pandangan lain untuk menggantikan yang ini. Tapi buat masa ini, inilah.


Jika ada buah fikiran lain atau sudut pandang lain, mana yang kurang boleh ditambah, mana yang dapat diperhaluskan atau diperelok, silakan berkongsi.



1Julat harga tiket wayang masa tu. Sekarang, range harga tiket wayang RM15 - RM50, dengan purata harga tiket yang dilaporkan oleh Finas bagi filem tempatan pada tahun 2024 ialah RM34.87

2Produksi teater I Have to Go Back mempunyai showtime sebanyak 3 kali pada hujung minggu iaitu 1PM, 4PM dan 8PM. So, I guess, after 6 years, I got a sample.

3Satu season di Broadway, pementasan last for 12 months, starting June and ends in May, and certain play disambung berseason-season. Dan secara asas, dalam seminggu boleh main sehingga 8 performances.

4Yang ni, kita akan ambil masa lain untuk kupaskan sebab fast forward to 2025, purata harga tiket produksi tempatan ada perubahan.

 
 
 

Comments


bottom of page