Teater, Pasar & Tragedi: Pengalaman Menonton Bayang Kaki Limo
- Arifin Azam
- Nov 18
- 15 min read
Tempoh hari, dan secara lebih tepat lagi pada 14 November 2025, Malaysia berkesempatan menonton pementasan teater Bayang Kaki Limo, dibawakan jauh dari Padang Panjang, Indonesia. Sebuah teater karya dan arahan Fitri Noveri dan dramaturg Dede Pramayoza, teater ini merupakan produksi program pengajian seni teater di ISI Padangpanjang dengan kolaborasi Teater Sembilan Ruang dan Lembaga Seni Budaya Teraseni, dan hosted by Kelab Kejar Tayang bagi tour mereka di Malaysia. So, kiranya, yang Malaysia tengok ni ialah international tour mereka waima ke seberang selat je pun, still, international la kan.
Daripada wawancara khas bersama Dede Pramayoza (lahhh, takde la wawancara khas mana pun, sembang-sembang macam tu je), di Indonesia naskah ini telah dipentaskan beberapa kali, pertama kali di Pekan Kebudayaan Daerah (PKD) Sumatra Barat 2022, dan terakhir di Djakarta International Theatre Platform 2025. Kemudian, kali ini dibawa ke Malaysia, dipentaskan di tiga lokasi: 1) USIM, Nilai, Negeri Sembilan (1 persembahan), 2) UiTM Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor (1 persembahan) dan lokasi terakhir, 3) Revolution Stage, PJ, Selangor (3 pementasan).
Pementasan berdurasi 1 jam 13 minit (tidak termasuk emcee dan curtain call) ini membawa kisah peniaga-peniaga di pasar tradisional, atau mudahnya sejenis pasar harian, yang menjaja barangan dengan memacak payung-payung peniaga, jual segala macam barangan keperluan harian di kaki lima. Sebab tu la tajuknya ada kaki limo. Sebab Malaysia dah check, payung-payung peniaga tu kakinya empat je. So penggunaan kaki limo tu sama dengan penggunaan kaki lima di Malaysia. Barang-barang yang ditunjukkan dijual di sini kebanyakannya barangan dapur, seperti sayur, keropok, kelapa, rempah-rempah dan sambal. Dan ada juga gerai kopi. Malaysia pulak busy buat inventori apa je yang dimasukkan dalam set pementasan dah kenapa eh? Tapi itu la gambarannya yang dimasukkan dalam ruang pementasan. Luar daripada itu tak pasti la ada yang meniaga alat tulis ke, hardware ke, perkakas ke. Itu beyond the scope of the staging.
Cerita yang dibuka dengan nyanyian lagu Lah Laruik Sanjo (Dah Larut Senja) dengan nada yang happening, riang ria raya, dan warga-warga pasar semua menari seakan berpesta, berkisar tentang watak Amak (emak) yang bersparring idea dan discourse dengan warga peniaga yang lain. Sparring partner utamanya ialah Dayat, peniaga kedai kopi dan aneka roti ban. Turut serta dalam discourse mereka ialah Dinda peniaga sayur dan Ramadan peniaga rempah dan aneka sambal. Teater ini lebih kepada bentuk conversational, dengan watak-watak tertentu kadang kala menujukan perbualan itu kepada penonton. And in a sense, disebabkan nature conversation dan approach penceritaan, teater ini bersifat didaktik. Didaktik tu mudahnya teater yang memang terang-terangan nak bagi pengajaran tertentu dan buat penonton berfikir tentang value and lesson. Wow, macam kelas KOMSAS la eh.
Pengajaran tentang apa je? Secara mudah perbincangan atau discourse mereka mengenai golongan terpelajar, golongan yang berharta dan yang berkuasa, bagaimana golongan-golongan ini kerap kali menjadi lupa diri, dan lupa dengan golongan-golongan bawahan, rakyat-rakyat biasa. So, kaedahnya, si Dayat ni memang rengsa bebenar la dengan golongan-golongan tersebut, bila dah belajar tinggi-tinggi, pemikiran idealis melampau, lupa dengan realiti masyarakat, mula ada prejudis sebab menganggap diri dah bijak sangat-sangat. Yang kaya pun sama, semata-mata nak jadi lebih kaya, mula exploit mereka, dan yang berkuasa, masa nak naik jabatan bukan main mesra pelanggan, bila dah dapat naik jabatan, lupa terus yang bawah-bawah ni. Si Amak ni pula, berpemikiran lawan dengan si Dayat. Amak cuba mengimbangi pandangan Dayat, memberikan justifikasi-justifikasi kenapa golongan-golongan tersebut sekian-sekian gamaknya. Tambahan pula, si Amak ni sentiasa optimist dengan golongan terpelajar sebab anaknya, Pandi dihantar sambung belajar ke peringkat tinggi, so mesti la dia pro kepada golongan terpelajar, dan kemudiannya asbab dia pun nak anaknya dengan pendidikan sekian-sekian jadi golongan kaya, golongan berkuasa, so dia mesti la secara lumrah menyokong kemenjadian golongan macam tu. Waima, si Amak menjanda pun sebab lakinya tinggalkan dia bila dah jadi kaya and whatnot. Tetap she pertahankan golongan-golongan itu.
[Btw, ni Malaysia nak masuk ke arah ending cerita, so kalau kau sejenis taknak spoiler ke apa ke, sebab nak tunggu mereka restage baru tengok ke, sila skip perenggan yang Malaysia italic kan ni.]
Kisah ini sejenis tragedi. Sebab ending dia si Apandi kesayangan si Amak tu, nak balik ke kampus, di Padang (mungkin dia belajar kat ISI Padangpanjang, tiber) tumpang dengan si Udin, satu watak yang telah established pada awal cerita menjadi senang hidupnya sebab kahwin dengan wanita yang ada business import-export. Si Amak, like mak-mak seluruh dunia, ada hunch rasa tak sedap hati si Pandi ni nak tumpang si Udin balik Padang. Waima si Amak cakap, takyah la tumpang si Udin tu, balik je la eh naik bas, si Pandi masih meneruskan keputusannya, baginya takde masalah, tumpang je pun, plus si Udin katanya ada nak courier barang ke Padang, so boleh la dia tunjuk. Lantak kau la Pandi, cakap mak taknak dengar kan? Kau tak tahu, Amak tu mungkin dah baca ending cerita tu, tiber. So nak dijadikan cerita, si Udin rupanya dikejar polis, sebab seludup dadah, dan si Panda, eh, si Panda pulak, si Pandi terpalit sama. Pandi yang pada awalnya sempat melarikan diri, masih diburu polis dan akhirnya, BANG! Bunyi tembakan kedengaran waima speaker sejenis sayup-sayup je, awas ya speaker tu.
Cerita disudahi dengan reprise nyanyian lagu Lah Laruik Sanjo, kali ini dengan nada yang sedih, dan warga pasar hanya berdiri dalam mengenang nasib dan tragedi mereka tadi. Takde dah gelek-gelek macam baru pekena gam seperti opening tadi.
Ok la eh rangkuman cerita macam ni? Nak lebih, siapa suruh tak datang tengok sendiri? Doa la mereka pentaskan semula, dan bawa balik ke Malaysia.
Dalam teater ini, pemainnya terutama watak anchor, Amak dan Dayat sangat strong. Dan mereka ada part monolog yang agak panjang, dan disampaikan dengan sangat berkesan. Berkesan yang macam mana? Hah, yang tengok je la kot dapat tahu eh. Yang tak tengok tu, siapa suruh? Watak-watak lain, seperti Ramdan dan Dinda (nama ni Malaysia copy daripada profile ya) juga dibawa dengan baik. Pemeran watak Ramadan dan Dinda ni merupakan siswa-siswi program teater di ISI Padangpanjang, not bad, I guess they’re on the right track, waima ada scene tertentu yang si Ramadan ni mcm hisap gam ya, pastu sekerat tu, dia melantak roti ya kat warung kopi. Awas.
Dari segi set, mereka cukup mewujudkan suasana pasar. Cuma payung tu tak dapat bukak ya. Sebab ya la, kekangan ruang dalam RS tu. Nanti kalau bukak karang, rasanya penuh ya ruang lakon dengan payung-payung tu. Tak pasal-pasal lighting pun tak kena lantai ya. Tapi, it’s okay, difahami je tu pasar yang jenis pacak payung, bentang tikar whatever, pastu peniaga berjual. Yang warung kopi tu ada la macam dia punya meja dengan segala perabah perkakas nak warung tepi jalan dan roti yang akhirnya si Ramadan tu yang ngap.
Yang penting dalam set itu ialah beberapa kotak Aqua. Hah? Aqua? Binatang apa tu? Bukan binatang la, Aqua tu brand air. Alah, air mineral, air botol. So kalau sini kita ada spritzer, dasani ke apa ntah lagi la, kat sana ada Aqua. Malaysia tak pasti benar di Padang macam mana, tapi pengalaman ke Medan, Aqua ni memang jadi macam monopoli brand air botol kat sana, sehingga kalau organizer nak cakap, dah dapat air mineral, dia akan cakap je, dapat Aqua dah? Kalau nak mintak air botol pun, cakap je Aqua ada? Difahami yang dimaksudkan ialah air botol atau air mineral. So, kaedahnya bila nampak kota Aqua tu, sangat menggamit memori. Malaysia setuju dengan peletakan kotak Aqua tu.
Bila menonton teater, terutama teater daripada seberang macam ni, antara yang Malaysia nak perhatikan ialah pembawaan dan struktur pementasan. So Malaysia purposely nak tengok, kaedah mereka buat teater macam mana. Lahh, awal-awal lagi niat kau nak judge orang punya production, lahh. Bukan la judge, lebih kepada nak tahu perbezaan pembawaan. Itu je. Sebab, kalau di Malaysia sendiri, lain kelompok atau produksi teater, lain pembawaannya. So, mesti la kita nak tahu kalau kelompok dari Padang Panjang, macam mana pulak gayanya?
Gayanya, yang Malaysia dapat rumuskan secara ringkas ialah sangat communal, sangat santai. Santai dari segi apa? Santai dari segi yang mereka tidak risau penonton melihat proses. Hah? Macam mana tu? Untuk memberi lebih kefahaman, Malaysia kena gambarkan. So, macam biasa la kalau Malaysia nak tengok teater, Malaysia usually la tidak-tidak pun setengah jam sebelum masa pementasan akan terpacak la kat depan pintu panggung, lagi2 yang sejenis free seating, Malaysia akan cuba jadi yang terawal masuk panggung, sebab Malaysia selfish, nak best seat in the house.
Dimaklumkan dalam story mereka show akan bermula 8.30PM so Malaysia berguling ke RS tu dalam pukul 8PM, knowing yang Malaysia mungkin akan kena tunggu around 15 min untuk house open. Sebab biasanya begitulah aturan urusan pembukaan panggung bagi produksi teater Melayu di Malaysia. Sampai-sampai di RS, register nama, tiba-tiba FOH cakap, boleh masuk. Eh, lahhh. Pastu Malaysia pun tanya la, dah bukak ke? Haah jawapnya. Kita pun ok je la, dapat masuk. Takkan la diberi option antara masuk panggung atau melangut kat tangga tu, memilih yang kedua ya? So Malaysia pun masuk.
Panjang eh ceritanya, masih belum terlambat untuk you all stop, hentikan niat nak baca habis bebelan Malaysia ni, dan teruskan kehidupan anda. Tapi kalau masih nak sambung, silakan.
Ok sambung, biasanya bila house dah open, maksudnya everyone in the production dah dalam mode ready, tinggal nak dapat cue untuk jalan je. Tapi masa tu bila Malaysia masuk, masih ada final touch up, blocking sikit-sikit. And Malaysia macam, oh very santai eh. Pelakon lalu lalang dari backstage ke depan. Slides and surtitle operator check lagi projection. Even the backstage pun dia tak gelapkan, which in RS, usually the backstage yang hanya dipisahkan oleh tirai atau kain-kain ela kamdar tu, mereka akan tutup lampu belakang tu supaya masyarakat majmuk tak nampak apa keadaan kat belakang. But not for this production, bila betul nak start, house light ditutup baru mereka tutup sekali lampu belakang tu.
You don’t see this happening in productions in Malaysia. Kalau di Malaysia, setakat pengalaman menonton teater, bila house open, maknanya dah takde dah perabah-perabah, test itu test ini lagi.
Baru-baru ni Malaysia ada tengok sebuah teater, produksi tempatan. Bila dah masuk, boleh nampak tukang set masih siapkan set, just finishing touch up, stapler kain itu, stapler kain ini, bawak masuk itu ini. Melihat perkara ini, sebab mereka masih prepare semasa house dah open, penonton dah masuk, rakan Malaysia yang turut hadir siap text Malaysia (sebab kami duduk jauh), lebih kurang bunyinya: tolong bagi tahu En X (yang buat set), cukup-cukup la tu. See, itu yang akan terjadi kalau penonton diberi masuk dan produksi masih ada membege itu ini waima benda sikit2. Pengalaman dengan produksi tempatan, tak kira la teater Melayu, teater dalam bahasa Inggeris ke, Mandarin ke hatta Tamil sekali pun, selagi house tak ready, takkan buka untuk penonton.
So, I found it interesting that the production is ok for the members of the audience to watch all this fine-tuning. Sebab tu Malaysia cakap gayanya santai, sangat communal. You know mcm kalau kau pergi tengok show busking atau teater environment yang takde physical barrier between FOH and in-house, so memang lumrah la kan, mana penonton yang dah sampai tu, melangut je la kat situ, sambil-sambil produksi tu masih setup ke, tarik wayar ke, membege itu ini. Dalam setting macam tu, it’s common. Dalam setting yang ada proper panggung waima lot rumah kedai, produksi teater di Malaysia masih observe pemisahan antara audience dan production jika production belum ready.
So, Malaysia masa tu agak, mereka membawa vibe teater terbuka. Which later, dalam wawancara khas itu, Pak Dede memang ada mention yang mereka nak bawa semula tradisi atau style pementasan yang open dan Teater Sembilan Ruang ni memang akar pegangannya ialah “teater adalah bentuk seni komunal,” ini dipetik sendiri daripada profil produksi yang Malaysia berjaya seludup keluar. So my observation tak lari, the vibes yang mereka bawa itu selari dengan apa yang mereka nak put forward. It’s just so happen yang pementasan ini menggunakan ruang RS yang masih dalam ruang lingkup theatre-proper.
Malaysia pun ada tanya, kalau ikutkan, naskah ni lebih suka dipentaskan bagaimana, dan jawapannya ialah dalam ruang intimate kiranya jarak penonton dengan pelakon tidak la begitu besar. Dan lebih baik lagi jika dalam ruang terbuka. Sebab teater ni memang latarnya pasarudin, so kalau dipentaskan di pasar betul pun tak jadi masalah. In fact, Malaysia teringin nak tengok bagaimana jika teater Bayang Kaki Limo ini dibuat dalam suasana begitu, kiranya environment theater la eh, atau site-specific. Lebih merakyat dan lebih organik.
Dalam 3 pementasan Bayang Kaki Limo di Malaysia, Pak Dede ada nyatakan pementasan di UiTM dan RS lebih sedap, sebab ruang yang intimate menyebabkan mereka tak perlu guna mic dan sebagainya. Di USIM, pementasan dibuat di Dewan Kuliah Utama, secara proscenium (of course), dan agak besar dengan anggaran kapasiti full 300 (in comparison Panggung Bandaraya DBKL: 323 dan Dewan Tunku Abdul Rahman di MaTiC: 400), so obviously perlukan bantuan teknikal supaya yang duduk hujung dunia pun boleh dengar dialog kan. Di RS, kapasiti kalau ikut kerusi yang disediakan ada la dalam 20-30, di UiTM, kapasiti Ruang Eksperimental FiTA dalam anggaran 100, so tak perlu la nak mic bagai kan.
Malaysia secara jujur ok je apa-apa bentuk pementasan, dalam skala panggung yang besar ke, intimate ke atau dibuat di luar ke, sebab Malaysia memang suka tengok teater. And for me it’s a good opportunity for the production to experience various modes of staging. And bila fikir balik, bagus juga kalau Malaysia dapat experience pementasan di USIM, just want to see how it will be in a proscenium setting, large scale mcm tu. Tapi tu la, tak kena masa, dan lokasi, so tak sampai hajat. Anywho, in the future Malaysia harap dapat merasa menonton Bayang Kaki Limo dalam suasana terbuka, di pasar. Cuma harapnya masa tu jangan Malaysia salah duduk la, rupanya salah spot, menunggu bila nak start, rupanya teaternya dia sudut pasar lain, lahhh.
Lagi satu aspek yang menyebabkan Malaysia kata gaya mereka lebih santai dan communal, sebab mereka memang tak hide the usually hidden aspect of acting. Contohnya macam watak-watak ensemble dan extra semua bersidai ya kat tepi seat penonton, sambil tunggu turn mereka masuk, mereka macam tengok sekali, siap ada yang baring ya. Biasanya watak-watak yang belum sampai masa ni akan disembunyikan kewujudannya daripada penonton yakni duduk di backstage. Tetapi tidak bagi Bayang Kaki Limo, watak-watak yang belum tiba waktu hanya melepak di tepi kaki lima pentas, tiber. Bila turn mereka, mereka bersahut atau masuk ke ruang lakon. Ini diperakukan sendiri oleh Pak Dede, untuk tidak meletakkan ensemble dan watak-watak keluar masuk yang lain ke backstage. This is a conscious decision.
Begitu juga dengan watak yang mainly dalam ruang lakon, jika mereka keluar, mereka tak keluar jauh pun. Watak Amak ada scene yang dia perlu keluar dari pentas lakon untuk mengejar atau mencari anaknya Pandi, dia keluar dari ruang lakon, tapi tak totally hilang dari pandangan penonton. Penonton masih boleh nampak dia dalam kalangan ensemble yang di tepi tu. Lagi-lagi jenis penonton yang mata melilau je, macam Malaysia ni. Kau tengok je la ruang lakon kan, ni nak juga tengok keliling masa pementasan. Maap lerr, kita memang suka observe. Dia tak keluar jauh pun, or tak try sembunyi pun, memang dia just bersandar menekup muka dia dinding tepi.
Pengalaman Malaysia menonton teater, biasanya dalam keadaan macam ni, waima ruang tak besar mana, pelakon yang keluar dari ruang lakon akan cuba menyembunyikan diri dia supaya tak mudah dilihat oleh penonton. So biasanya akan ke belakang daripada penonton contohnya, atau dalam konteks RS ni, keluar dari pintu tu. Bila part dia kembali, baru ke depan atau masuk balik. Tapi, asbab gaya pembawaan teater ni sangat santai dan komunal, nampaknya tiada keperluan untuk pelakon berbuat demikian, dan penonton pun sedar je dari awal memang gayanya macam tu. Memang tidak ada pembahagian pelakon dan penonton dari segi pandangan, hanya cukup penonton sedar pada masa-masa tertentu baru watak-watak tertentu activated.
Sepanjang pemantasan juga, ada dua kali kumpulan busker masuk untuk memeriahkan suasana. Biasa la kan kalau macam kat pasar, ada kumpulan pemain muzik main muzik sikit sambil salah-satu ahlinya nanti pass around kotak sumbangan. Dan perkara ini juga diwujudkan dalam Bayang Kaki Limo. Sambil team busking main muzik, salah seorang mereka mengedarkan kotak sumbangan, waima sampai kat Malaysia, Malaysia tak dapat nak bagi apa2, sebab busy merekod telatah Ramadan joget. Nasib la eh.
Perkara ini juga kemudian diceritakan oleh Pak Dede, ini sebahagian daripada usaha mereka untuk menghidupkan balik gaya permainan teater atau sandiwara dulu-dulu. Kaedahnya macam teater rakyat la ya tuan-tuan dan puan-puan, di mana teater dipentaskan kepada khalayak, tak semestinya di ruang tertutup, atau panggung yang proper, kemudian kotak sumbangan diedarkan buat penonton yang nak menyumbang. Yang mana nak menyumbag, sumbang, yang tidak berkemampuan, masih boleh tengok.
Di Malaysia ada juga beberapa kali Malaysia dengar percubaan untuk membawa semula pendekatan tersebut, walaupun lebih kuat lagi pergerakan ke arah membuat teater bersifat komersial. Di satu sisi, Malaysia percaya dan sokong dengan mereka yang treat teater sebagai produk, dan melihat kegiatan ini sebagai satu business. Sebab, kesudahannya, nak buat teater ni bukan perkara percuma (baca: free). Kena la ada modal, dan usaha tu kena la berbaloi atau setimpal balasannya, bukan? Tapi, di satu sisi lagi, Malaysia juga percaya dan sokong kewujudan teater-teater yang merakyat, supaya lebih accessible kepada setiap golongan. Supaya nanti tidaklah teater ni jadi bahan untuk orang-orang kaya sahaja. Cuma tu la, nak buat teater-teater merakyat ni, masih kena pandai cari atau gembleng dana dan tenaga la kan. There’s no such thing as free lunch ya people.
Contoh yang Malaysia boleh petik ialah Teater Terbuka yang dibuat secara bulanan oleh Persatuan Titian Teater Ilham Seni Selangor (TITIS) di bawah program Laman Rakyat anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Nama pun teater terbuka, so terbuka kepada sesiapa yang nak datang, takde bayaran dikenakan, yang nak menyumbang tu menyumbang la kan, tiada halangan juga. It’s good to know that there are still those who work towards this.
Seperkara lagi yang menarik untuk diperhatikan daripada pementasan Bayang Kaki Limo ialah perubahan elemen cultural reference atau rujukan budaya apabila pementasan daripada satu kelompok komuniti (dalam kes ini dari negara seberang) dibawa untuk tontonan kelompok yang lain. Walaupun, to be honest, jarak budaya antara Malaysia dan Indonesia tiada la jauh mana, bahasa yang dipakai pun relatively intelligible. Budaya kita pun serumpun, tapi, sedangkan yang dalam Malaysia pun berbeza bentuk budaya dan kebudayaan bila beralih dari satu kawasan ke satu kawasan, inikan pula apabila dibawa daripada Padang Panjang, Indonesia ke kelompok Selangor, Malaysia.
Ada beberapa cultural reference yang terpaksa mereka pinda atau sesuaikan supaya penerimaan lebih baik bagi kelompok penonton di Malaysia. Contohnya, dalam gurauan warga peniaga di pasar tu dengan watak Dinda, mereka menyakat-nyakat Dinda tentang “suami” dan nama yang dipetik ialah Zul Ariffin. Random tak nama Zul Ariffin dipetik, dalam pementasan oleh produksi dari Indonesia? Famous nau ke Zul Ariffin ni? Melihat nama tersebut dipetik, Malaysia dapat rasa yang sebenarnya ini ialah pindaan, supaya penonton di Malaysia tak jammed. Dalam wawancara dengan Pak Dede kemudian, Malaysia tanya la, kalau di Indonesia, nama siapa yang dipetik? Beliau maklumkan nama dalam pementasan asal ialah Alex Hormon. Kau rasa? Apa la eh kaedahnya?
Mengenai Alex Hormon: Alex just a common name associated with heroic figure, in some sense, dan hormon merujuk kepada penggunaan hormon (atau steroid la eh mudahnya) bagi mereka yang nak badan berketak-ketak, dan sasa. So secara mudahnya, yang dirujuk dalam pementasan asal, bagi tujuan menyakat si Dinda tu, ialah sosok seorang lelaki yang muscly, heroic. Dan bagi kelompok di Indonesia atau di Padang, barangkali itu telah menjadi satu terma ruji, yang bila disebut, akan terus terlintas bayangan yang diperlukan pengarah atau karya dalam kepala penonton.
Cumanya, bila nak dipentaskan di Malaysia, mereka perlu tukar. Dan dalam pencarian rujukan yang sesuai, Pak Dede consult juga dengan Aloeng Silalahi, kepala kepada Kejar Tayang dan Atra USIM, apa nama yang sesuai, dicadangkan la Zul Ariffin, sebab Zul Ariffin ni memang dikira hero dan badannya lebih berketak-ketak. Dan dimaklumkan semasa pementasan di USIM, penggunaan rujukan kepada Zul Ariffin itu berkesan, sebab penonton sejenis berdekah tak ingat dunia. Malaysia dapat bayangkan juga, hasil berlawanan akan diperoleh jika mereka menggunakan Alex Hormon, yang walaupun secara harfiahnya kelakar, tapi mungkin penonton di Malaysia akan lambat sikit nak register.
Tapi kalau di Malaysia, kita sebenarnya ada padanan tu iaitu sado. Secara mudah sado merujuk kepada betuk tubuh yang berketak-ketak waima takde la specifically mean orang yang ambil steroid, tapi tidak2 pun mesti ambil protein. So mungkin boleh try juga guna Abam Sado (Abam = Abang), which Malaysia rasa selamat untuk dipakai bagi penonton di Malaysia. Sebab term ni rasanya popular juga digunakan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Another reference yang Malaysia perasan mereka pinda, juga mengenai watak yang disebut-sebut dalam perbualan sahaja, mereka nak cakap atau merujuk kepada seseorang yang tak berduit, if I’m not mistaken, dan nama yang terpampang dalam surtitle ialah nama Aloeng Silalahi. Pun begitu, nama yang disebut pelakon masa tu bukan Aloeng. So it could be the case slip of tongue, mungkin mereka dah plan untuk pinda part tu, tapi disebabkan muscle memory lidah pelakon tu, dia terucap dialog asal. Ya, teater Bayang Kaki Limo ni ada surtitle dalam bahasa Inggeris. Kenapa? In case ada yang tak faham dialek minang. And benda tu sejujurnya membantu juga kepada Malaysia, sebab ada beberapa phrases atau words yang Malaysia susah nak faham.
Perubahan cultural reference hanya dibuat sedikit sahaja, yang pada hemat Malaysia bersesuaian. Rujukan-rujukan lain dikekalkan kerana jika tidak akan mengubah terus setting dan suasana ceritanya yang nak ditampilkan iaitu suasana pasar tradisional di Sumatera Barat, dengan pembawakan budaya atau nuansa minang. Sebab kalau betul nak mudah bagi penonton Malaysia faham, boleh sahaja penulis atau pengarah olah tu jadi warga peniaga di pasar besar TTDI ke, atau mana-mana kawasan luar bandar mungkin. Plus watak Amak yang sentiasa bangga dengan anaknya Pandi, mention Pandi nak balik ke kampus, di Padang, so, kat situ saja kita dah clear setting yang nak dibawa. Kalau nak mudah boleh sahaja diolah kepada Kuala Lumpur, contoh. Tapi kalau dibuat macam tu, nanti essence ceritanya, lagi-lagi setting budaya dan masyarakatnya berubah la, lepas tu tak jadi la Bayang Kaki Limo, dia jadi Bayang Kaki Lima.
Ada satu rujukan yang dipakai, tidak disesuaikan, yang bagi Malaysia tak bawa masalah, tapi rupanya ada yang tak faham: kopi telur. Watak Dayat penjual kopi tu, ada la beberapa kali mention kopi telur, yang Malaysia tahu sejenis menu yang agak rare bagi kita, tapi kat sana common. Kopi tu, ditambah telur. Why? Jangan tanya Malaysia. Antara pengalaman ke Medan, memang mereka intro menu tu, unfortunately, Malaysia tak cukup berani nak try, hanya mampu tengok rakan-rakan lain yang mencuba.
So, berdasarkan pengalaman itu, bila Dayat mention pasal kopi telur, Malaysia tak rasa aneh, sebab I already know about its existence. Tapi, semasa menonton, tiba-tiba rakan penonton sebelah Malaysia cuit dan tanya, kopi telur tu apa? Pulak dah. Masa tu baru Malaysia realise yang, oh ye la, that thing you can’t find here (in a normal circumstance), so Malaysia briefly explain la yang itu sejenis menu yang agak common di sana, di mana kopi tu, dia campur telur. Telur apa? Telur ayam la kot eh, takkan la telur burung unta, mana pulak dia nak cari eh?
This is a good reminder that theater, and by extension literary works and arts can serve as a record of culture. Anyone from the community or region that this kopi telur is rarely found or known, or maybe does not exist at all, will have the opportunity to discover its existence when encountering this play, be it in form of the text or the staging itself. This can also be said about the very setting of the story, pasar tradisional atau mudahnya pasar pagi, pasar jalanan. Through this theater, such tradition is recorded. Future audience or audience not native to the region will have the chance to see what pasar tradisional there looks like. Aderr, Malaysia speaking pulak tetiber. Dia jenis orang menulis ikut mood macam ni la ya tuan-tuan dan puan-puan.
So, masyarakat majmuk sekalian, itu antara pengalaman yang Malaysia dapat semasa menonton teater Bayang Kaki Limo, jauh dari seberang datang. In the future, mereka dah set nak tengok produksi mereka di sana, untuk lihat apa cara dan gaya permainannya di sana pula, tak kisah la teater Bayang Kaki Limo, kaki tujuh ke. It’s good to see different approaches in theater, sedikit sebanyak meluaskan cara pandang kita tentang teater dan dapat meyakinkan kita yang teater ni, dan secara talngsung seni persembahan, luas sebenarnya.



Comments