top of page

Perang in Gerobok Lakon 4.0 - Naskah Penuh Peringatan

Oct 14, 2024

6 min read

3

31

1

A good theater for me will always be the one yang makes you think, ponder, reminds you of something, it makes you think and reflect. Tak semestinya kena heavy or deep concept. Atau penyampaian kena berskala besar, tasmat non-stop, kata-kata semua cedok dari seksyen paling berhabuk dalam kamus-kamus. 


Ahli produksi Gerobok Lakon 4.0, yang membawakan kompilasi tiga naskah, 1) Monodrama Junainah, 2) Teater Tinggal Cinta Kejar Cita, dan 3) Teater Perang.


Tapi, mungkin juga dia sebenarnya bergantung kepada keadaan atau mereka yang menonton. Sebab penerimaan setiap orang lain-lain kan. Boleh jadi from the same karya, A dapat satu hal, B dapat satu hal yang lain, C dapat yang lain pulak.


So, yang Malaysia share ialah apa yang Malaysia dapat. Boleh jadi it’s only true to me, boleh jadi you may agree with it, or not. It’s ok. Bak kata Katherine Watson, there's no textbook telling you what to think. So kepelbagaian penerimaan and pemikiran ni, perlu diraikan. Consider them, pastu decide for yourself: setuju ke tak? If setuju, why? If tak, why?


Semalam semasa tengok naskah Perang di Gerobok Lakon 4.0, karya Srikandi Emma dengan olahan dan arahan oleh Syawal Azrai, ada dua moment yang sort of a blow to my head. Dia mcm that moment bila you dapat epiphany. Sebenarnya dia punya scene or the premise mcm simple je sebenarnya, tapi somehow, maybe dengan penyampaian and also the theme buat Malaysia menerawang. And I must admit, dia buat Malaysia berair mata jugak la, tapi dalam keadaan terkawal, sebab Malaysia menangis buruk, pastu kalau kau menangis dalam show, mengganggu ketenteraman awam, tak pasal-pasal kena ban dengan Gerobok Lakon seumur hidup.


Eunous Madeonus as Abdul in Perang.


So, let’s get to it.


Sebelum tu, naskah Perang ni dibuat bagi solidariti keadaan yang menimpa rakyat Palestin. Tahu la kan? Kau kalau at this point manage to not know what’s happening there in Palestine, Malaysia tak tahu nak cakap apa. Sokay la, go on la with your life. In Perang, kita dibawa melihat struggle and the tragic life of a family, Aisyah and her parents Fatimah and Abdul.


First one, semasa isu makanan diangkat, dalam keadaan peperangan tu, mereka takde makanan, kelaparan. Simple je kan premise-nya. Tapi entah, for some reason, it sparks something kat Malaysia. Malaysia sebelum show, makan nasi kak wok. Sebelum masuk show, Syawal offer kuey teow, Malaysia tolak pelawaan tu, sebab ye la baru makan, pastu mereka tengah nak prep2 for show, aku pulak nak pekena kuey teow, risau la eh orang rengsa. Malaysia dalam keadaan boleh hidup joy, pi tengok show, sebelum show pi makan2. Pastu ada orang pelawa makan, kau boleh tolak dulu, sebab kau ada option sama ada nak makan atau tak.


Mereka kat sana, seperti yang disampaikan dalam naskah perang takde option tu. If they are offered food, they will have to take it. Macam takdenya, eh takpe la nanti la, or takpe masih kenyang lagi. Lambert lagi. So, benda tu buat Malaysia mcm, sebenarnya aku take food abundance for granted. Bahasa kasar dia mcm tak bersyukur la, tapi taknak la ckp diri sendiri tak bersyukur kan. Tapi tu la tu, kadang-kadang kita ni mcm sebab benda ada depan mata, boleh dapat, so kita jarang nak terdetik rasa syukur.


Itu satu. Satu lagi yang menjentik Malaysia about that premise in Perang ialah sesuatu yang kita perlu rujuk surah al-Baqarah, specifically ayat 57 & 61. Semasa Nabi Musa berjaya bawa bani Israel keluar dari cengkaman Firaun, tapi disebabkan lepas terlepas tu, antara mereka ada yang sejenis nak jugak kufur, mereka stuck dalam gurun for years. Tapi Tuhan tak kejam, and this is recorded in ayat 57 surah al-Baqarah, tuhan bagi mereka food yang digelar Mann & Salwa. Ahli-ahli tafsir ada mengatakan, Mann & Salwa ni mmg god’s gift for them untuk makan while menempuh perjalanan. Tinggal ambil, kutip, kaut, tangkap, ikutlah kreativiti mereka masa tu, and makan. Esoknya timbul lagi Mann, datang lagi Salwa untuk dia makan for that day, so on so forth. Easy tak hidup free-flow Mann & Salwa?


Tapi, hah ada tapi, sebab mereka asyik menghadap makanan tu hari-hari, jelak ke apa, in ayat 61 surah al-Baqarah, god tells us how they’re asking Musa to ask God, to give them other kind of food, sebab diorang dah tak tahan. Siap buat listing apa yang mereka nak. Order tau. Dalam keadaan kau macam tu, dah dapat food yang mmg tuhan bagi percuma macam tu, boleh berkira, muak makan. Mintak makanan-makanan lain. Tuhan tu pulak mmg nak layan tekak kau sorang.


Tu yang buat Malaysia fikir. Nenek moyang mereka pernah once dalam keadaan diberi makanan, ya, arguably just dua jenis, but remember, beggars can't be choosers, masih tak bersyukur and demand. So, macam mana bangsa kau kini tergamak tengok and buat rakyat palestin kelaparan. Kau dulu lapar, god gave you food waima kau masih mcm noya and kufur. Sekarang kau tak rasa bersalah buat orang lapar. Takyah pandang isu agama, ya agama kau dgn agama aku tu sejenis friction memanjang. Tapi, how about kemanusiaan? Your fellow human kau boleh buat diorang lapar.


So, itu la, walaupun premise-nya mudah, tapi, it sparks something in me. It reminds me yang how human ni kadang-kadang perangai boleh tahan nauzubillah jugak. Bangsa kau once diberi makan pun berkira-kira, tak pernah cukup. Sekarang kau buat bangsa lain lapar, tindas diorang.


Ok, itu perkara pertama.


Perkara kedua, premise-nya pun simple jugak. Ada satu watak, Jamal (bukan Jamil), yang Malaysia assume satu jelmaan fikiran Abdul masa dia dah at his lowest, kata atau more to provoking or testing his belief, dia tanya dalam keadaan Abdul tu susah dilanda musibah, isteri mati, keluarga dan nyawanya sendiri terancam, mana tuhan? And then of course la the internal struggle ni tak padam langsung keimanan Abdul ni. 


Afif Zulkepeli as Jamal.


Soalan tu membuatkan Malaysia teringat this one ayat; ayat 186 surah al-Baqarah. This is my go-to answer bila berhadapan soalan2 mcm ni, sebab kadang2 kita terdetik jugak.  Bukan bertanya sebab tak percaya, tapi lebih kepada lament untuk meminta pertolongan tuhan. Mana tuhan? So in that ayat, diberikan jawapan yang pada Malaysia walaupun ringkas, but it’s very heavy and very comforting. So, Malaysia salinkan terjemahannya di sini. But Malaysia galakkan you guys read it in the original language, sebab terjemahan always ada nuances yang lost in translation kan.


“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)


That’s it. Qariib. Hampir. Dekat. Isn’t it beautiful? Sedang kita asyik rasa tuhan is somewhere too far for us to reach, doa-doa kita sampai ke, mcm jauh betulll nak sampai, lambat betull nak makbul, walaupun kau pun sedar la kau jauh dari tuhan mcm mana pulak, still god says, untuk hamba-hamba dia yang tanya pasal dia, dia jawab dia hampir dengan kita. And take note, hamba-hamba tau. Dia tak specify mcm only to hamba-hamba yang soleh dengar cakap, mulia, baik hati.


Kita ni human, by default mmg hamba Dia. So, kau pusing la mcm mana pun, kau marah la kat rezeki yang dia bagi ke, kau noya ke, tak faham apa yang dia nak dari kau sebenarnya, tipu la kalau tak pernah terdetik mcm tu kan, asal saja kita tanya tentang dia, rest assured that He is always close to each of us.


And, I don't know sama ada it is purposely chosen for the play nama Abdul tu untuk make reference to this ayat atau just a happy accident. But fyi, Abdul means hamba in arabic. So, if my take on that character Jamal yang tanya mana tuhan is Abdul's conscience, than it is basically Abdul a.k.a. "hamba" yang bertanya mana tuhan, and the answer was left as an exercise to the audience.


Thus, bila soalan tu diajukan dalam naskah Perang, Malaysia auto teringat perkara ni and buat Malaysia mcm tiba2 muhasabah diri. I mean, teruk mcm mana pun diri kita, deep inside somewhere there, walaupun mungkin kecilllll betulll, masih wujud kebergantungan kepada tuhan. 


So itu la dua perkara. Mungkin kalau Malaysia watch a few more times mungkin akan ada more things spark whatever humanities I have left in me. So, naskah Perang, walaupun kau boleh argue alah cliche la cerita-cerita nak solidariti dengan palestin, portray kesusahan mereka, their struggle, tapi for me takpe la. Kadang-kadang cliche2 macam ni la yang diperlukan to remind us that somewhere in this world ada saudara kita tengah struggle. If we can't help them physically, through naskah cliche macam ni la we can at least jadi teringat, and dalam ingatan tu terlintas pengharapan kepada mereka, itu pun dikira doa.


Hah, siapa kata teater or seni persembahan ni semua lagha2 je? Mesej-mesej yang dibawa tu kan boleh bawa kita ke arah kebaikan. Of course la tengok jenis cerita jugak and also tengok kepada penerimaan kita kan. Macam Malaysia cakap tadi, from the same karya, boleh jadi A dapat satu hal, B dapat satu hal yang lain, C dapat yang lain pulak.


Discourse yang dibawa naskah tu la kemudiannya mengumpulkan semua dapatan-dapatan tu, and together we learn.


So sekian.


Oct 14, 2024

6 min read

3

31

1

Related Posts

Comments (1)

Guest
Oct 14, 2024

Thank you Malaysia. We love you

Like
bottom of page