
Naratif Bangsa dalam Teater Muzikal Gadoh
Nov 12, 2024
4 min read
2
48
0

Setiap satu daripada mereka yang menonton Teater Muzikal Gadoh tempoh hari kini ada beban untuk tidak mengulang dosa-dosa lampau orang-orang lama dalam membentuk acuan perpaduan dan penyampaian naratif bangsa.
Apabila bercakap pasal “bangsa”, kerap yang dapat dilihat adalah pemaknaan bangsa sebagai kaum; bangsa Melayu, bangsa Cina, bangsa India. Tetapi jarang benar untuk dapatkan satu naratif bangsa yang terarah kepada pembentukan “bangsa Malaysia”.
Sebagai contoh, pernah Malaysia hadiri satu malam puisi ambang hari kebangsaan dan satu pertandingan puisi sempena hari Malaysia, tetapi sayang, kebanyakan pilihan puisi-puisi dan inti persembahan masih berada di tahap naratif kaum. Puisi-puisi tidak mencerminkan satu citra kebangsaan yang mengangkat jati diri melangkaui sepadan etnik. Dari sudut pandang itu, nampak gaya kita belum capai erti “kebangsaan”, kita masih berpegang kepada kaum-kaum sendiri, kita tinggal bersama tetapi tidak bersatu.
Dalam Teater Muzikal Gadoh (dan juga filem asal inspirasi muzikal ini), ada satu babak di mana cikgu Ann sedang memujuk coach teater, Azman. Azman menyatakan dia hendak berbuat sesuatu untuk bangsanya. Cikgu Ann bertanya untuk kepastian apa yang dimaksudkan dengan bangsa, Melayu? Azman membetulkan - Malaysia.
Semasa Malaysia mula belajar di UM, ada satu sesi syarahan bersama mendiang Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim, sejarawan negara. Beliau masa tu bertanya kepada kami di dewan, siapa di sini bangsa Melayu? Jadi kami yang Melayu termasuk Malaysia sendiri angkat tangan. Kemudian dia bertanya lagi, siapa di sini bangsa Cina? Pelajar-pelajar kaum cina pula mengangkat tangan. Dan begitu juga apabila ditanya siapa bangsa India, pelajar-pelajar kaum india pula mengangkat tangan. Beliau kemudian membetulkan, bukan bangsa Melayu, Cina atau India, tetapi bangsa Malaysia.
Terma “bangsa” kerap dianggap bersinonim dengan kaum, tetapi hakikatnya tidak. Cara mudah untuk kita ingat begini, “kebangsaan” sentiasa diterjemah kepada “national”, jadi kata akar bagi bangsa sepadan dengan konsep “nation”, dan mudahnya apabila hendak bercakap tentang “bangsa”, sandaran kita seharusnya kepada "nation" iaitu negara. Sudah tentu perbincangan erti bangsa ni panjang, tetapi bagi Malaysia sendiri, lebih wajar kita angkat naratif bangsa yang bersandar kepada negara iaitu negara Malaysia.
Jadi nanti, jika kita berhadapan dengan terma kebangsaan seperti bahasa kebangsaan, hari kebangsaan, pakaian kebangsaan, gambaran mental yang kita patut lihat ialah negara (Malaysia) dan bukannya kaum-kaum tertentu. Ini juga bukan negara milik kaum-kaum tertentu, ini bukan negara Melayu, bukan negara Cina, tetapi ini negara Malaysia.
Sebab itu, Malaysia berpendapat, naratif bangsa yang dibawa oleh Gadoh sangat baik, sangat sesuai untuk membentuk semula pemahaman kita terhadap konsep bangsa dan identiti kita sebagai rakyat Malaysia. Ini tidaklah bermaksud kita menidakkan wujud kepelbagaian kaum dan etnik dalam negara, tetapi apabila bercakap tentang identiti sebagai rakyat, yang pertama perlu diangkat ialah identiti sebagai rakyat Malaysia, tidak kira kaum apa pun kita.
Buat yang kenal Malaysia, Malaysia ada masa guna kata “Malaysia” sebagai kata ganti nama diri, dan somehow benda tu stick juga dengan orang-orang sekeliling. Ada yang apabila berjumpa mereka sapa dengan nama “Malaysia”, and I really like that. Antara sebab kenapa Malaysia berbuat demikian adalah untuk peringatan kepada diri sendiri sebenarnya, apa-apa yang terjadi, I am Malaysian first. Yes, I am Malay. Yes, I am not denouncing my Malay culture and heritage. But when it comes to unity, when it comes to the national identity, I will be Malaysian first.
Dan sebab itu la Malaysia suka benar dengan apa yang nak diangkat oleh Gadoh. Dia mampu jentik semula pemikiran kita untuk lihat semula, kita ini masih dalam kelompok kaum atau sudah sedia untuk pecahkan dinding-dinding perkauman, benar-benar faham konsep persamaan, bukan sebagai satu kaum yang tinggal bersama-sama kaum lain, tetapi sebagai bangsa Malaysia yang tinggal bersama-sama.
Sudah tentulah transformasi naratif bangsa ini tidak akan berjaya hanya dengan pementasan begitu. Dari dulu isu ini cuba diangkat, cuba diterapkan. Ia akan ambil masa. Berapa lama? Siapa tahu? Tapi kita tetap kena bergerak ke arah tu. Naratif bangsa yang diangkat dalam teater muzikal Gadoh harapnya bukan hanya berlegar dalam ruang pentas atau dalam black box itu sahaja. Lepas habis show, habis teater, selepas pulang, hilang pula mesej tu. Harapnya dibawa keluar pulang bersama.
Sebab itulah, bagi Malaysia, setiap penonton, bahkan mereka yang terlibat dalam teater muzikal Gadoh itu sendiri kini ada beban untuk tidak mengulang dosa-dosa lampau orang-orang lama, dosa-dosa ibu-bapa kita yang membentuk acuan perpaduan yang berteraskan stereotype dan ego perkauman. Kita kena pastikan generasi kita, terutamanya anak-anak muda Malaysia sekarang ini bawa naratif bangsa yang betul. Malaysian first.
Supaya apabila nanti di masa depan, saat-saat generasi akan datang menoleh semula ke belakang, bukan kita yang mereka lihat sebagai generasi yang tidak membantu langsung penerapan perpaduan yang sebaiknya. We can’t afford to repeat or prolong the mistakes of the past.
Nampak macam terlalu ideal kan? Mungkin masih jauh lagi sebelum kita semua betul-betul bersatu. Tapi jauh macam mana pun destinasi tu, lebih baik bergerak sedikit demi sedikit daripada tidak bergerak langsung, atau lebih buruk lagi jika kita mengundur. Every inch of movement forward, no matter how slow, is a progress.
Kalau selepas habis produksi Gadoh ni, atau selepas tengok muzikal Gadoh ni, kita lupa dengan naratif bangsa ini, kita kembali kepada naratif perkauman, kita lihat kaum dahulu sebelum kewarganegaraan atau identiti kebangsaan, maknanya kita gagal.
Jangan gagal.
====
Mengenai Teater Muzikal Gadoh

Karya dan arahan Khairunazwan Rodzy
Adaptasi daripada filem Gadoh karya dan idea asal Namron
Tulisan bersama (filem) Namron dan R. Chong
Pengarah muzik: Eli Nyson
Sinopsis:
Dua kumpulan pelajar sekolah menengah, satu geng Melayu dipimpin oleh Khalil dan satu lagi geng Cina dipimpin oleh Heng, sering terlibat dalam pergaduhan akibat prasangka kaum. Sebagai usaha menyelesaikan konflik ini, pihak sekolah mencadangkan penubuhan kelab teater dan mewajibkan kedua-dua kumpulan menyertainya.
Semakin lama, pelaksanaan kelab teater ini kelihatan semakin berjaya - teater mula menjadi terapi yang merapatkan mereka. Namun, Zahir, seorang pelajar yang sangat membenci kaum Cina, tidak bersetuju dengan penyatuan ini. Dia akhirnya keluar dari kelab dan berhenti sekolah.
Zahir akhirnya kembali, memohon maaf daripada rakan-rakannya termasuk la Heng dan rakan-rakan cina yang lain. Mereka bersama-sama mementaskan teater seperti yang telah disyaratkan oleh pengetua. Melalui teater mereka kini tidak lagi terpisah oleh prejudis perkauman.