
Teater Muzikal Sakti Merong Mahawangsa
Nov 25, 2024
11 min read
0
79
0
Managed to catch Teater Muzikal Sakti Merong Mahawangsa (TMSMM). Kebetulan otw nak ke KLPac, nak ke sentul switch train dekat Titiwangsa, so mcm, ada kaitan ke ni? Ipar duai ke? Tiber. Malaysia atas dasar2 tertentu decide to attend 3 shows mereka (if the tickets a bit more affordable for me, mungkin nak lenjan all 4 shows, tapi apakan daya).

Anywho, pementasan TMSMM tak dibenarkan ambil gambar or video, sebab dia pementasan terperingkat tahap rahsia atau rahsia besar, yg jika tersebar mampu menggugat keselamatan negara, lebih kurang la mcm tu. On their 3rd show ada pengumuman dibenarkan ambil gambar untuk 1 minit pertama Act 1 and Act 2 (selepas intermission) and 1 minit terakhir Act2 and of course the curtain call. Sokay, simpan je 1 minit tu, Malaysia tiada ability untuk keep track duration 1 minit tu. Mula Act 1 pun, muzik overture dah makan 1 min pun, so apa kejadiannya. Kemudian on the last show dibenarkan ambil gambar ya, erghh. Takpe la, by that time Malaysia pun dah hilang nafsu nak ambik gambar ke apa, kau simpan je la visual2 tu. So, ini sejenis review tulisan tanpa gambar2 rujukan. So kau imagine je apa kejadiannya berdasarkan description Malaysia.
*note: yes I’m pissed sebab masa aku datang show pertama and ketiga tak bagi ambil gambar, show last boleh. Kau beruntung aku jenis dtg 3 shows. For me the production wasn’t being fair to the audience that came on the first to third show. They cannot take photos waima bayar tiket sama dgn those yg attend the last show. And there’s no indication on the poster or masa nak beli tix kat cloudjoi tu yang last show je dibenarkan ambil gambar. Why? Why Malaysia? Pasni, for future production mereka, mmg aku tanya which show yg boleh ambil gambar, yang mana tak boleh, yang mana ada laser show, yang mana kena duduk lantai, yang mana dapat kerusi, sebab apparently each show ada different set of rules.
See, I can be both pissed and at the same time love a production ok. Malaysia tak bias. Lahhh. Well, with that being said, let’s move on to the review (sort of).
Teater Muzikal ni, surprise surprise tentang Merong Mahawangsa. Ye la, dah nama pun Sakti Merong Mahawangsa, takkan la tiba2 keluar orang lain eh. And sebab dia ada tagline, “sebuah rekonstruksi pemula hikayat”, so mmg dia sentuh roughly bab pertama Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), kalau ikut selenggaraan Siti Hawa Salleh (the one Malaysia use to refer is the 1970 publication by UM Press, masa tahun ni UM Press still under UM dan Universiti Singapura, sekarang ni NUS). It is pemula hikayat je sebab kisah tentang Merong Mahawangsa ni dalam HMM mmg kat mula hikayat tu je, lepas tu semua kisah anak cucu dia, pastu kisah2 lain.
Dia 'rekonstruksi' sebab dia tak translated literally dari HMM ke bentuk teater. Translated? Cerita dia English ke? Bukan translated as in bahasa ke bahasa, tapi translated as in intersemiotic translation, dari satu form ke satu form. Contoh mudah mcm novel ke filem. Tapi dia ada translation bahasa juga, sebab ada subtitle English dia pancarkan. Which is good, sebab dia jadi lebih inclusive, 1) kepada penonton yg tak berapa nak pergi dengan BM, 2) kepada penonton yg deaf, so boleh baca la the dialogues and all walaupun English. And subtitle pun membantu kepada Malaysia sendiri bila ada masa yg muzik sejenis tak rilek and ujaran watak2 tidak kedengaran, so subtitle tu membantu la supaya kau tak totally lost apa mereka bual or nyanyikan. So part ni Malaysia puji because by doing this, they make it more accessible and inclusive.
Jangan gelak bila Malaysia ckp pasal penonton yg tak berapa nak pergi dengan BM. Kau jangan ingat foreigner je yg dimaksudkan, tergolong dalam kelompok tu juga ialah penutur BM tapi jenis yg tak biasa dengan laras2 or vocab2 BM klasik.
Oh ya, sebutan dia Merong ke Merong?
Hah, mcm mana tu, ok, sebutan dia Merong or Mérong?
Yang e takde apa2 perabah tu e pepet ataupun nama pentas dia schwa, e yg dalam 'dengan'.
Yg ada perabah tu e taling, e dalam 'esok'.
So dia Merong yg mana? Malaysia kalau nak betul2 100% yakin, Malaysia nak tengok sendiri text salinan in jawi. So far takde rezeki lagi la guys. Siapa2 yg ada boleh share?
Tapi kalau based on transliterasi, salinan semula dari jawi ke rumi, dia pakai schwa, sebab based on transliterasi Siti Hawa Salleh yg Malaysia ada belek, dalam teks transliterasinya, e taling dia mark as é, contoh kat 'oleh' ditulis 'oléh'. Tapi kat nama Merong takde mark apa2. So meaning it’s a schwa. Kalau tak mestilah dieja Mérong Mahawangsa kan?
Kedua, Winstedt pernah dalam notes on HMM dia tulis namanya Hikayat Merang or Marong Mahawangsa. Merang tu bukan memerang ke kata gandanya? Well, based on his transliteration, nampak gaya jawi yg Winstedt nampak tu ada 3 huruf je, m-r-ng, tu yg creative sikit peletakan vowel dia tu. Means, suku kata m* tu dia takde alif, sebab tu boleh dia interpret as e (schwa) atau a. Mcm ‘kepada’, k-p-d, sebelum standardised ada je ejaan jadi ‘kapada’ ada ‘kepada’, tapi bila standardised, ejaan yang dipakai ‘kepada’, and the e is schwa.
So, maka kami rakyat Malaysia, e kat Merong kalau kena pilih antara schwa dan e taling, Malaysia pilih schwa.
Tapi, kau sebut je la ikut kau selesa, takde la tiba2 polis tangkap, anda ditahan sebab salah sebut e dalam Merong. Lambert lagi. Macam in TMSMM ada few characters and also the emcee bila address/sebut Merong dia guna e taling.
Mungkin sebab slips. Sebab kebiasaannya pola e-o sekarang ni mmg e taling, macam esok, elok, helokkkk, tengok. Kalau e-u yang pakai schwa, terung, jerung. So, instinctively bila nampak ejaan dengan pola e-o ni kita nak guna e taling. Tapi, tu sebab ejaan standardised je kan, sebutan u kat e-u ke arah o jugak kan. So boleh je possible transliteration, even if there's wau or no wau kat the jawi, jadi Merung, which akan pakai schwa and the u close tu o, thus Merong instead of Mérong. Macam 'penuh', jarang la Malaysia nak dengar org sebut penuh, org akan sebut penoh. Dan ini boleh diperkuat dengan how they transliterate ‘Hikayat Terung Pipit’, in the 1970 publication (for context, ejaan standard yg kita pakai sekarang hanya wujud since 1972), Siti Hawa Salleh used to spell it as Hikayat Terong Pipit. The e is schwa either in Terong or Terung, so, I would say that’ll be the case in Merong.
Part mana rekonstruksi tu berlaku?
Yg tu kena ikut apa kata nujum. And nujum Malaysia point out beberapa perkara. Antaranya...
At the first layer, rekonstruksi tu berlaku sebab production ni bawa kisah hikayat dari bentuk teks ke bentuk teater muzikal. Tulang cerita dikekalkan cuma ada few part diringkaskan atau dipermudahkan. Kemudian ada beberapa interpretasi atau manifestasi baru yg dibuat ke atas hikayat asal.
Btw diingatkan, reconstruction ni boleh jadi 1) you recreate something faithfully, or 2) you recreate something with reinterpretation to suit contemporary audience or your intention, atau 3) you recreate something new in the hypothetical sense based on benda sedia ada.
So, yg in TMSMM ni, yang Malaysia nampak, dia jenis yg kedua. Sebab dia bukan recreate balik any previous production as is. Atau dia bukan buat something totally hypothetically new based on HMM. Contoh untuk jenis ketiga yang Malaysia boleh petik is Pengembaraan Muzikal Pak Pandir by Pertubuhan Jiwa Seni Malaysia, sebab ceritanya actually tentang Pandir before kahwin dengan Andih. So, it's a reconstruction of new hypothetical story of Pandir's life based on Malay folk tales.
TMSMM for me lebih to the 2nd type because to a certain degree, production TMSMM is faithful to the hikayat, but ada new elements and interpretation yg dibuat. But these new elements are not beyond the scope of the story, it still adhere to the events development in HMM. And upon inspections, these new elements introduced and these new interpretations, for me, ada kepentingannya sendiri, especially when it comes to an artistic production.
Part yg obvious, obviously mcm the musical elements, mana la dalam hikayat tu ada watak2 tu nak menyanyi bagai, lirik2 and compositions pun new. And also that of lakonan la, sebab hikayat tu teks, bila jadi TMSMM ni dia berbentuk lakonan, pementasan, dia form yang berbeza.
Rekonstruksi juga berlaku kepada rupa, bentuk, imej, visual sesuatu watak. Yang Malaysia nak highlight hanya 3 iaitu Merong Mahawangsa, Geruda dan kaum-kaum gergasi.
On Merong Mahawangsa.
So kisahnya, kawan Malaysia masa Intermission, berbual2 la dengan dia, tiba2 dia bangkitkan, kenapa Merong Mahawangsa nampak mcm siam? To those yg belum tahu, HMM dikenali sebagai hikayat pensejarahan Kedah. So, first thing that may come to your mind, mestilah Melayu kan. But imej yg dipakai untuk Merong Mahawangsa dalam TMSMM ni mmg nampak siam. Why??
Ikut suka la production tu nak buat apa. Nama pun hikayat, tak perlu la nak ketat sangat rules on world building tu. Fiction je pun, kan? Lahhh, boleh eh mcm tu.
No no, ada reason. For me, dia nampak mcm siam, atau influence daripada siam sebab, in HMM walaupun takde la dinyatakan specific asal muasal encik Merong ni, kecuali sekadar seorang sahabat Raja Rom, it appears daripada beberapa clue yg Merong ialah punca susur galur siam and HMM ada influence siam. For one, nama2 keturunan and those in HMM nampak atau bunyi siam. Merong Mahawangsa tak berapa nak bunyi siam kan, walaupun arguably bila tilik2 balik Merong could pass as a siamese name. Anak Merong Mahawangsa is Merong Mahapudisat, undeniably siam sounding. And in HMM, anak sulung Merong Mahapudisat dirajakan di utara barat laut kedah, negerinya dinamakan Siam Lanchang, which later is known as Siam.
Kemudian ada la nama pembesar seperti Phra Chesim, isterinya Nang Su Taman, kemudian kalau fast forward, keturunan2 Merong terkemudian namanya seperti Raja Phra Ong Mahaputisat and Raja Phra Ong Mahawangsa. So sekilas begitu, nampaklah sebenarnya, HMM ni dibuat as if pengarang yg asalnya tu pakai influence siam atau in his mind dia ke arah menggunakan style2 atau ciri2 siam, atau mungkin dia orang siam.
In HMM then, Merong Mahawangsa Melalui cucu sulungnya, jadi susur galur kerajaan siam… Wait whutt?? Kejadiannya penghasilan HMM antara lain mungkin untuk menaikkan status asal muasal kerajaan Kedah. Perbincangan tu panjang sikit la, so kalau nak, boleh la request open table, pengerasnya 7 dulang gula2 skittle warna merah. Tiberr.
So anywho, yes, that's why for me, TMSMM mewujudkan imej kesiaman (ada ke perkataan ni sebenarnya?) untuk Merong Mahawangsa. Tapi dayang2 dia tak siam sangat (now I just sound like an uncultured racist kan). They look conventionally Melayu, with the usual inang OOTD, kebaya perabah semua.
So, banyak eh so. So… kat situ pada Malaysia, TMSMM bukanlah nak cap encik Merong and his court as of siam origin. Tapi mereka rekonstruksi imej Merong supaya ada la nuance2 siam, based on influence2 siam yg dijumpai dalam HMM. In this way, for me, it's a good reconstruction. For me, the production really did their homework and takde la main taram. And the fact that the production’s choice menimbulkan pertanyaan dalam minda penonton merupakan sesuatu yang baik for me.
Sebab kalau dia jadi plain, penonton dtg tengok enjoy, huha huha, ambil gambar dengan pelakon, done, tamat - dia jadi tak memberi impak besar. But if bila dipentaskan TMSMM ni, kemudian dia trigger penonton, kenapa mcm ni, kenapa mcm tu, pastu mungkin benda tu spark minat mereka untuk to know more about HMM, itu impak yang lebih besar.
Oh BTW, bila ckp pasal reconstruction ni, tatatingkat dia lebih kepada baik atau kurang baik, kena atau tidak kena, sesuai atau tidak sesuai. Dia bukan pakai betul atau salah, sebab nama pun rekonstruksi, so kalau nak ckp betul salah, based on siapa punya betul and salah? So, the best we could judge a reconstruction bukan pada its correctness but whether the reconstruction is a good one, taking into consideration the resources and references, and also the vision and approach of the artist, in TMSMM’s case, panel penulis skrip and pengarah punya vision and intention.
Kalau HMM ni kau bagi kat org A, rekonstruksi dia mungkin berbeza dengan B, C so on and so forth. So we can't simply mark yg A punya betul, B tak betul sebab tak sama dengan A. For me, that's not the best way to approach reconstructed works. Tidak2 pun statement yg boleh kita keluarkan mcm, rekonstruksi A lebih rapat atau faithful kepada naskah sebenar, yang B ada weakness kat certain part.
On Geruda
Rasanya semua tahu kot makhluk yg bernama geruda atau variasinya geroda ni apa. Sejenis burung gergasi. Often depicted as something strong, big, and magic. Dia boleh jadi sentient (mempunyai kapasiti akal macam manusia) atau tidak. Kalau kat HMM and TMSMM ni, dia sentient.
Kalau kat HMM, geruda ni solo creature. Buat kerja solo. Dia besar, like kalau dia terbang lalu langit tu, boleh jadi gelap. Kau rasa?? And dia ada magic, buat hujan, ribut.
Kat TMSMM ni portrayal ciri dia sama la, sentient, berkuasa, ada magic. Tapi dia tak portrayed as physically enormous. But, dia ada additional manifestation of sayap2 geruda. Sayap2 geruda ni dia either mcm anak2 buah Geruda atau personified manifestation of Geruda’s wing, symbolising strength dia, size dia.
Tapi for me personally, Malaysia take it as anak2 buah si Geruda, sebab entiti sayap2 Geruda ni dia mcm independent daripada Geruda. Ada scenes yg sayap2 je work tanpa presence of Geruda. And ada description like “banyak burung yang berterbangan” as if indicating yg sayap2 geruda ni appear as separate entity from Geruda.
Tapi sebenarnya boleh je diambil as manifestation of Geruda’s wing, bukan separate entity, sebab for cases di mana sayap2 geruda berhencak tanpa Geruda’s presence, tu boleh diterima as perlambangan kuasa Geruda tu sendiri, magisnya.
So, mana satu ni? Eh, ikut la yg menonton, there's no textbook telling you what to think. Malaysia berat kepada separate entities atas justifikasi yg Malaysia beri, tapi dalam masa yang sama tidaklah menidakkan jika ada yg berpendapat lain.
On Gergasi
So, dalam HMM, Merong selepas anak raja Rom kena kitai dengan Geruda, and sort of lemas, hilang, status unknown, MIA, Merong teruskan pelayaran nak cari anak raja Rom tu. Merong dan convoy beliau singgah ke satu kawasan, berjumpa dengan kaum gergasi. And nak dijadikan cerita, kaum gergasi ni belum beraja, and disebabkan kagum dengan kesaktian Merong mereka setuju la berajakan Merong, and carikan tanah untuk buka kota and negeri. Disebabkan mereka bersuka-sukaan berparti buih apa semua la yang kau boleh buat selepas kota negeri tu dibina, tempat tu dinamakan Langkasuka, tempat penuh bersuka-sukaan. So lagha kan? Lahhh.
Anywho, dalam TMSMM pun begitulah jalan ceritanya. Tapiii, tapi dalam TMSMM, imej gergasi tu diolah menjadi bukan seperti gergasi yang conventionally known. In HMM gergasi tu mmg described as besar, you know, giant. Bukan Giant abg Jaiko cerita Doraemon, giant yang gergasi la. Tapi mungkin untuk mengelakkan kesukaran production untuk wujudkan imej gergasi besar gedabak, and juga mungkin untuk menghasilkan satu interpretasi baharu kepada perwatakan and imej gergasi daripada HMM, TMSMM gambarkan gergasi-gergasi ni as golongan yang a bit tribal, definitely have different stature with humans tapi bukan la besar.
Actually I like they way they portray kaum gergasi, sebab for me, walaupun kau boleh argue “eh gergasi macam ni ke?” atau “gergasi bukan besar ke? Kat HMM pun dia ckp besar2, kenapa tak ikut?”, tapi disebabkan atas license reconstruction and considering production’s liberty to approach the story so that it can be presented in a much interesting manner (based on what the production’s definition of interesting la kan), portrayal yang diambil ialah sesuatu yang fresh.
Sebab my first take bila nampak scene gergasi ni, and mind you I already knew the description of kaum gergasi in HMM, dia buat Malaysia mcm “eh, not bad eh.” Sebab they present something yang tak terlintas kat fikiran Malaysia when it comes to portraying gergasi using a conventional Malay worldview. Dan perwatakan-perwatakan mereka, sekali dengan costume and their theme song, for me, works.
Gergasi-gergasi in TMSMM reminds me of Oompa Loompa dlm Charlie and the Chocolate Factory mixed dengan Dufflepuds dalam Narnia Voyage of the Dawn Treader. So dia mcm, hah, menarik to see such characterization can be applied to gergasi dalam HMM menjadi satu rekonstruksi yang boleh diterima.
Well, at least Malaysia boleh terima, and I do find it interesting, entertaining and good. If you guys think otherwise, pun ok. Again, there’s no textbook telling you what to think. It is perfectly ok if one would prefer gergasi portrayal mengikut conventional image of gergasi. And that’s the beauty of arts; you can try and explore different methods to portray a thing, cuma you kena willing to take the risk. Ada kebarangkalian penerimaan baik, ada keberangkalian orang kecam. In TMSMM’s case, I personally think their exploration and experimentation with gergasi portrayal works. And few feedbacks yg Malaysia kutip illegally (sbb takde sign NDA) pun bilang they like the scene, they like the portrayal. So, definitely a great job on it.
Well, that’s on reconstruction on characters’ image and portrayal.
I would love to continue membebel, but kat draft ni at this point dah 6 pages, so macam horror sikit if disambung, mengambil kira orang zaman la ni mana nak baca benda panjang2, nak2 pulak Malaysia yang membebel. So, I will have to save that for a later entry. It will talk about reconstruction of new characters and events that set TMSMM and HMM apart.
So, tunggu la.